PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas seorang bekas pemilik bengkel kerana menyebabkan kematian anak lelaki teman wanitanya yang berusia dua tahun hampir 10 tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas dimaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Mohd Hisham Mat Yunus, 52, yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh Muhamad Umar Haiqal Mohd Hazlee.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya untuk meminda pertuduhan daripada membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) kanun sama.
Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee mengesahkan perkara itu.
Kamaludin, yang bersidang bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, kemudian mengetepikan sabitan Mohd Hisham bagi kesalahan membunuh serta menggantikan hukuman mati ke atasnya dengan penjara selama 17 tahun.
Mohd Hisham diperintah menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Jun 2013.
Kamaludin juga berkata Mohd Hisham bernasib baik kerana terlepas hukuman mati.
Mohd Hisham, yang mempunyai tiga isteri dan lima anak, telah didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Feb 2019 kerana membunuh kanak-kanak malang itu di sebuah bilik di Resort Taman Hutan Rimba Komanwel di Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur-Rawang, Selangor di antara 2 petang 9 Mei 2013 dan 4.30 pagi 2 Jun 2013.
Mengikut fakta kes, ibu mangsa yang merupakan seorang janda dan memiliki seorang lagi anak berusia empat tahun, telah menjalinkan hubungan dengan tertuduh di platform media sosial pada 2013.
Ibu mangsa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bahawa ketika menginap di resort itu, Mohd Hisyam tidak suka beliau mandi bersama anaknya kerana mendakwa perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan telah mengambil alih tugas memandikan kanak-kanak tersebut.
Wanita itu berkata beliau mendengar anaknya menangis ketika dimandi oleh Mohd Hisham dalam bilik yang air yang dikunci dan tertuduh telah meletakkan kanak-kanak tersebut di dalam timba yang dipenuhi air serta ais sebelum meninggalkan mangsa keseorangan semalaman di situ.
Katanya tertuduh mendakwa perkara itu dilakukan atas alasan mahu menghalau roh jahat yang berada di dalam badan mangsa.
Ibu mangsa berkata pada 2 Jun 2013, beliau melihat Mohd Hisham melakukan CPR pada kanak-kanak itu yang terbaring kaku dan pada hari sama, wanita itu, anak perempuannya dan tertuduh menaiki kereta untuk menanam mayat Muhamad Umar Haiqal di kawasan hutan di Bukit Brinchang, Cameron Highlands.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis berhubung kematian mangsa dan melarikan diri dari bilik hotel bersama anak perempuannya ketika Mohd Hisham keluar membeli-belah.
Mohd Hisham kemudian ditahan dan membawa polis ke lokasi di mana mayat mangsa ditanam.
Tertuduh turut diwakili peguam Badrul Hisham Sani dan Low Wei Loke
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas seorang bekas pemilik bengkel kerana menyebabkan kematian anak lelaki teman wanitanya yang berusia dua tahun hampir 10 tahun lepas. - Gambar hiasan
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Measat, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Bekas pemilik bengkel dipenjara 17 tahun sebabkan kematian anak lelaki teman wanita
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara kerana menyebabkan kematian anak lelaki teman wanitanya yang berusia dua tahun hampir 10 tahun lepas.