awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi

Bernama
Bernama
24/06/2024
11:05 MYT
Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi
Suboh (foto) berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat banyak unsur jenayah dan pemalsuan berlaku dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.
Malah, Datuk Suboh Md Yassin, 73, membuat pengakuan itu berkata bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.
Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai responden pihak ketiga dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC terhadap bekas perdana menteri dan Nik Faisal.
Muhammad Shafee: Saya telah membuktikan kepada anda dan anda bersetuju bahawa terdapat banyak pemalsuan yang berlaku dalam pengurusan?
Suboh: Ya.
Muhammad Shafee: Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa Nik Faisal tidak menghantar balik dana walaupun berjanji kepada lembaga?
Suboh: Ya.
Disoal lanjut oleh peguam sama ada terdapat penyangak dalam pengurusan yang menjalankan rancangan SRC, saksi itu juga menjawab dengan "ya".
Di bawah pengurusan baharu, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021, mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.
Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah yang menganggap Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan untuk Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang ditanggung syarikat itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suboh Md Yassin
#SRC International
#Nik Faisal Ariff Kamil
#banyak unsur jenayah dan pemalsuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan