MALAYSIA
Bekas pengarah syarikat didakwa salah guna harta syarikat

Bekas pengarah syarikat Chin Wei Choong mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan menggunakan harta syarikat berjumlah RM153,609. - Foto Bernama
SEREMBAN: Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan menggunakan harta syarikat berjumlah RM153,609, antara 2019 dan 2020.
Ringkasan AI
- Pertuduhan terhadap Chin Wei Choong: Bekas pengarah syarikat Ambitious Supreme Sdn Bhd, Chin Wei Choong, 42, mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan menggunakan harta syarikat berjumlah RM153,609.
- Kesalahan berkaitan transaksi kewangan: Pertuduhan melibatkan penggunaan dana syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung, termasuk pembayaran kepada beberapa syarikat dan pinjaman yang mempunyai kaitan kepentingan dengan tertuduh.
- Keputusan mahkamah dan hukuman: Kes dikemukakan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM3 juta jika sabit kesalahan.
Ia melibatkan bayaran kepada beberapa syarikat bagi kerja-kerja untuk Tadika Universal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan kepentingan dengannya melalui Academy Adelphi Worldwide Hotels Sdn Bhd, antara 1 Nov 2019 hingga 10 Jan 2020.
Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan harta syarikat berjumlah RM10,000; RM10,000; RM15,000; dan RM10,000 bagi mendapatkan manfaat secara tidak langsung kepada dirinya melalui pinjaman yang dibuat kepada Tadika Universal Sdn Bhd, yang dia juga mempunyai kepentingan melalui syarikat Academy Adelphi Worldwide Hotels Sdn Bhd bagi tempoh antara 6 Ogos hingga 28 Okt 2020.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Oakland Commerce Square di sini.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhammad Akmal Azmi mewaklili pihak pendakwaan manakala peguam Tan Zhi Xian mewakili Chin.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami