awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah syarikat didakwa tipu cek palsu berjumlah lebih RM10 juta

Bernama
Bernama
21/07/2022
10:50 MYT
Bekas pengarah syarikat didakwa tipu cek palsu berjumlah lebih RM10 juta
Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.
IPOH: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.
Ooi Yee Ling, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 403, 467 dan 471/467 Kanun Keseksaan (KK).
Di mahkamah yang sama, wanita itu didakwa bersama bekas perunding syarikat tersebut Yee Yat Kai, 64, dengan empat pertuduhan memalsukan dokumen mengikut Seksyen 467 dan 471/467 KK.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua kesalahan itu dilakukan antara 17 Nov 2017 dan 8 Feb 2018 di beberapa bank dalam bandar raya ini.
Bagi dua kesalahan yang dijalankan mengikut Seksyen 403 KK, Ooi didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri, iaitu telah menggunakan cek milik Chan Chee Seng.
Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, ia membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Di bawah Seksyen 467 dan 471/467 KK pula, Ooi mempunyai 62 pertuduhan kerana memalsukan cek milik Chan serta menggunakan cek palsu itu dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dan Siti Aina Rodiah Shikh Md Saud serta kedua-dua tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.
Faten Hadni memohon mahkamah menetapkan jaminan RM600,000 terhadap wanita itu bagi kesemua pertuduhan termasuk yang dibacakan secara bersama manakala jaminan sebanyak RM200,000 terhadap tertuduh lelaki itu yang menghadapi empat pertuduhan.
Namun, Kenzaly Goik merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya Ooi, yang menjalankan perniagaan menjual pakaian tidak mempunyai pendapatan tetap dan perniagaannya terjejas akibat wabak COVID-19 manakala Yee, seorang ejen insurans, juga tidak mempunyai pendapatan tetap selain mengalami hipertensi.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin terhadap Ooi sebanyak RM60,000 dan RM20,000 terhadap Yee bagi kesemua pertuduhan dihadapi dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Ogos. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat
#tipu cek palsu
#RM10 juta
#Mahkamah Sesyen Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan