awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had

Bernama
Bernama
23/01/2025
13:55 MYT
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizul Abdul Halim, 57, selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan terbabit. - Foto hiasan
SEREMBAN: Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizul Abdul Halim, 57, selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan terbabit.
Mahkamah turut memerintahkan Azizul dipenjara masing-masing enam bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.
Azizul sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang didakwa bersama anak kepada bekas menteri, Muhammad Faisal Hamzah, 39, yang turut mengaku tidak bersalah pada 5 April 2023.
Mengikut dua pertuduhan, Azizul yang juga pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd iaitu syarikat pemegang lesen borong barang kawalan berjadual didapati memberikan maklumat palsu semasa mengemukakan maklumat berhubung dokumen atau invois penjualan minyak masak kepada dua kedai.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri kira-kira 5 petang pada 12 Ogos 2022 mengikut Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama.
Selain itu, dia selaku pemegang lesen borong juga didakwa memiliki minyak masak melebihi had 50 metrik tan, mengikut Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dengan perbuatan itu dilakukan di premis perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di sini kira-kira 11.15 malam, 11 Ogos 2022.
Pendakwaan mengikut Seksyen 22(1) AKB 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta sama dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Alimah Mohd Sanusi manakala Azizul diwakili peguam Hasnan Hamzah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas pengarah syarikat
#didenda
#kemuka dokumen palsu
#minyak masak bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan