Seorang bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah.
Menurut sumber SPRM, suspek berumur 62 tahun itu ditahan di kediamannya pada 5.15 petang di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
"Suspek dipercayai menerima wang suapan berkenaan sebagai dorongan untuk membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,000 pada 15 Jan 2015.
"Bagaimanapun, daripada jumlah itu (RM360,000), suspek hanya mengambil 10 peratus iaitu sebanyak RM36,000 daripada hasil kutipan 'Hutang Lapuk TEKUN Nasional' bagi November 2014," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada masa sama, suspek yang memegang jawatan berkenaan telah melantik syarikat pemungut hutang dari tahun 2008 hingga 2014 yang dikatakan memungut hutang yang tidak dibayar oleh peminjam lebih daripada dua tahun.
Pada 15 Jan 2015, suspek pernah ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang tersebut daripada pemilik syarikat pemungut hutang berkenaan.
Suspek juga pernah disiasat oleh SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas kesalahan meminta suapan bernilai RM36,000.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk pertuduhan esok.
Ini merupakan penahanan kedua SPRM minggu ini selepas kes penahanan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.
Turut difahamkan, Mohd Arif sebelum ini pernah menjadi Ahli Lembaga TEKUN Nasional dan SPRM sedang menjalankan siasatan sama ada kedua-dua individu tersebut mempunyai hubung kait dalam isu rasuah yang melibatkan kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Menurut sumber SPRM, suspek berumur 62 tahun itu ditahan di kediamannya pada 5.15 petang di Bukit Bandaraya, Shah Alam. -Gambar hiasan
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra mengaku tidak bersalah seleweng kontrak RM1.6 juta
Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menyeleweng dana dan agihan kontrak bernilai hampir RM1.6 juta.