awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan
Venezuela guna hasil jualan minyak perkasa sistem kesihatan - Presiden interim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa 10 lagi pertuduhan, libatkan lebih RM631,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/01/2026
03:05 MYT
Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa 10 lagi pertuduhan, libatkan lebih RM631,000
Mohd Hakim ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini bagi berdepan 10 lagi pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan lebih RM 631,000. - Foto Astro AWANI
IPOH: Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa atas 10 lagi pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan lebih RM 631,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Bekas Pengerusi NGO didakwa atas 10 pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan melebihi RM631,000 di Mahkamah Sesyen, Ipoh.
  • Tertuduh dituduh menggunakan wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan NGO Myanmar, Yaman, Syria, dan Palestin secara tidak jujur antara Januari 2018 hingga Disember 2021.
  • Kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 1 Melaka untuk dibicarakan bersama kes terdahulu, dengan mahkamah bersetuju menggunakan wang jaminan yang sama.

Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Tertuduh didakwa, sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta milik pertubuhan berkenaan iaitu wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan kerjasama NGO di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.
Pertuduhan pertama membabitkan salah guna wang sebanyak RM3,000, kedua RM24,121.59, ketiga RM160,000, keempat RM48,000, kelima RM25,000, keenam RM120,002, ketujuh RM40,001.50, kelapan RM34,415, kesembilan RM40,000 dan ke-10 RM136,833.04.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Januari 2018 dan Disember 2021 di beberapa buah cawangan bank di Ipoh, Batu Gajah dan Seri Iskandar.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 1 Melaka untuk dibicarakan bersama kes terdahulu.
Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengguna pakai wang jaminan yang sama dengan kes berkenaan.
Mahkamah bersetuju dengan permohonan itu tanpa bantahan daripada pihak peguam tertuduh.
Selain Muaz, SPRM turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Semalam, bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim itu didakwa atas pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan lebih RM576,000 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.
Tertuduh berdepan enam pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Hakim Elesabet membenarkan jaminan keseluruhan RM35,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Mac depan.
Topic Berkaitan
#bekas pengerusi Serantau Muslim didakwa
#salah guna wang misi kemanusiaan
#Mohd Hakim Mohd Nor
#Mahkamah Sesyen Ipoh
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan