awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi SPPP dibebaskan selepas tamat tempoh reman

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/07/2020
08:36 MYT
Bekas Pengerusi SPPP dibebaskan selepas tamat tempoh reman
Bekas Pengerusi SPPP (berbaju jingga) keluar dari bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ditahan reman selama empat hari - Foto BERNAMA
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), yang dikenakan tahanan reman sejak Rabu lalu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman ke atasnya tamat hari ini.
Difahamkan, dia yang juga bekas Timbalan Bendahari DAP itu dibebaskan tanpa syarat selepas menjalani reman selama empat hari.
Dia direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung projek terowong dasar laut.
Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berada di hadapan bangunan Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, bagi memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, di bangunan sama, turut kelihatan bekas EXCO Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng yang memasuki pejabat berkenaan dipercayai untuk memberi keterangan kes sama.
Semalam, tujuh pegawai SPRM turut mengambil keterangan beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy di Tingkat 52, Komtar, George Town.
Kehadiran pegawai SPRM itu dipercayai berkaitan siasatan terbaharu projek terowong dasar laut di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.
Topic Berkaitan
#DAP
#Exco
#Islam
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Malaysia
#menteri
#projek terowong bawah laut
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan