KOTA BHARU: Bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah bernilai RM10,000 daripada sebuah syarikat sub kontraktor pada 2015.
Wan Mohamad Zamri Wan Ismail, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
Dia didakwa menerima rasuah daripada Ng Tse Wei di Maybank, Jalan Mahmood di sini pada 22 Jan 2015 melalui cek United Oversea Bank (Malaysia) Bhd bertarikh 21 Januari 2015 yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad milik tertuduh.
Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu syarikat Zog Technology Sdn Bhd dilantik sebagai sub kontraktor bagi menjalankan kerja mereka bentuk, membina, menyiapkan, menguji lari, mentauliah mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (kerja dan reka) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II, Pakej 1 Machang.
Wan Mohamad Zamri didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan atau pejabat SPRM pada setiap 1 haribulan
Wan Mohamad Zamri juga juga diminta sentiasa mengemas kini nombor telefon bimbit dan emel supaya dapat dihubungi pihak berkuasa.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Wan Mohamad Zamri Wan Ismail, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor. - Gambar hiasan

'Berakhir sudah derita Afina Sofea' - Ibu reda pemergian anak hidap neuroblastoma
Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.

Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

Banjir di Perlis pulih, PPS SK Kubang Gajah ditutup
Kesemua 44 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.

Skuasy: Aira harap menang emas dalam acara berpasukan di sebagai hadiah hari lahir
Pemain skuasy negara Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19 hari ini, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpasukan wanita.

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.

'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final
Pasukan skuasy wanita negara meneruskan cabaran mereka untuk merampas semula pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir.

RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Bekas pengurus besar Air Kelantan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Wan Mohamad Zamri Wan Ismail, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

Bekas pengurus besar agensi kerajaan diburu SPRM, disyaki gubah wang haram RM9 juta
Ia susulan daripada siasatan sebelum ini yang mana suspek pernah disiasat selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam pada tahun 2014