awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/07/2024
03:10 MYT
Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan. - Astro AWANI
IPOH: Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambun Bandaraya Ipoh didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, empat tahun lalu.
Tertuduh, Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan jawatannya itu untuk mendapatkan suapan apabila meluluskan baucar bayaran kepada syarikat isterinya bagi pembekalan satu unit komputer tablet berjumlah RM7,400.
Bapa lima anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat PPK Tambun Bandaraya Ipoh pada 16 November 2020.
Dia didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin di samping perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sekali setiap bulan.
Mahkamah turut menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek.
Topic Berkaitan
#bekas pengurus besar
#PPK
#Rasuah
#Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan