awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penolong pegawai JAIM direman bantu siasatan penyelewengan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/09/2021
03:12 MYT
Bekas penolong pegawai JAIM direman bantu siasatan penyelewengan
Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 8.35 pagi sebelum dibawa keluar 90 minit kemudian. -Astro AWANI
MELAKA: Bekas Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) direman lima hari selepas dipercayai menyeleweng kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak jabatan itu bernilai lebih RM195,000, empat tahun lalu.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun hingga Ahad dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 8.35 pagi sebelum dibawa keluar 90 minit kemudian.
Difahamkan suspek semasa bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Pengurusan dan Sumber Manusia JAIM telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu bayaran balik emolumen terlebih bayar berjumlah RM195,765.75.
Bayaran itu sepatutnya diserahkan kepada Bahagian Kewangan, bagaimanapun suspek yang ditugas menguruskan hal berkenaan gagal berbuat demikian.
Jika sabit kesalahan, suspek yang kini bertugas di sebuah matrikulasi di Johor, boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut berhubung kes sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#bekas Penolong Pegawai Tadbir
#Jabatan Agama Islam Melaka
#seleweng kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak
#Kompleks Mahkamah Ayer Keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan