awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Penolong Pengarah SME Corp didenda RM16,000

Bernama
Bernama
09/02/2025
09:15 MYT
Bekas Penolong Pengarah SME Corp didenda RM16,000
Halimah didenda RM16,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengambil bahagian dalam perniagaan dan menerima suapan.- Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Bekas Penolong Pengarah SME Corp Negeri Terengganu didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan mengambil bahagian dalam perniagaan dan menerima suapan keseluruhan bernilai RM7,700 pada tahun 2015 dan 2016.
Hakim Mohd Azhar Othman turut memerintahkan Halimah Musa Brahim, 47, dipenjara keseluruhan enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan pilihan, wanita itu didapati telah mengambil bahagian dalam perniagaan, iaitu melibatkan diri dalam Syarikat NDZ Creative Resources dan telah menyokong pengesahan bagi kerja pembersihan pejabat SME Corp Negeri Terengganu oleh Syarikat NDZ Creative Resources, masing-masing berjumlah RM3,300 dan RM4,400.
Dia didapati melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 168 Kanun Keseksaan pada 1 Okt hingga 1 Dis 2015 dan pada 12 Jan hingga 1 Nov 2016, di Pejabat SME Corp Malaysia Negeri Terengganu di sini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 bagi setiap pertuduhan atau masing-masing tiga bulan penjara sekiranya dia gagal membayar denda, dan Halimah kemudiannya membayar denda tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mariah Omar manakala Halimah diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halimah Musa Brahim
#Penolong Pengarah SME Corp Terengganu
#Rasuah
#terlibat perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan