awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pesakit COVID-19 boleh terima pelawat, tetapi...

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/05/2020
10:04 MYT
Bekas pesakit COVID-19 boleh terima pelawat, tetapi...
Mengikut prosedur sedia ada, mereka yang telah negatif dan dibenarkan discaj masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati bekas pesakit COVID-19 untuk tidak menerima pelawat sekiranya masih berada dalam tempoh kuarantin 14 hari di rumah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selepas 14 hari, mereka boleh menerima pelawat dengan syarat mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
"Dalam tempoh 14 hari itu, kalau boleh jangan ada pelawat jumpa pesakit tersebut.
"Selepas 14 hari di rumah, mereka boleh jumpa pelawat tetapi kena patuh garis panduan iaitu penjarakan sosial, guna topeng muka, kerap cuci tangan dan sebagainya," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.
Jelas beliau, mengikut prosedur sedia ada, mereka yang telah negatif dan dibenarkan discaj masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Topic Berkaitan
#bekas pesakit COVID
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan