awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Pakistan Imran Khan bimbang ditahan

Bernama
Bernama
18/03/2023
12:53 MYT
Bekas PM Pakistan Imran Khan bimbang ditahan
Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang dijadual hadir di mahkamah Islamabad pada Sabtu mendakwa kerajaan cuba menahannya bagi menghalang beliau mengambil bahagian dalam pilihan raya. - Gambar fail/BERNAMA
NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang dijadual hadir di mahkamah Islamabad pada Sabtu mendakwa kerajaan cuba menahannya bagi menghalang beliau mengambil bahagian dalam pilihan raya.
"Saya dalam perjalanan ke mahkamah Islamabad. Malangnya, ada kemalangan dan saya lambat. Saya ingin memberitahu anda bahawa mereka telah membuat rancangan untuk menangkap saya," kata Imran.
Imran digulingkan pada April tahun lepas dalam undi tidak percaya di Dewan Negara.
Penyokongnya berkumpul di pelbagai lokasi dan terdapat laporan mengenai kehadiran polis kebanyakan tempat di ibu negara dan bandar Lahore.
Konvoi kenderaan bekas perdana menteri itu dilaporkan terkandas di plaza tol lebuh raya menghala ke Islamabad, lapor saluran televisyen Pakistan.
Kompleks kehakiman Islamabad turut dikelilingi pasukan keselamatan.
Lebih 90 kes membabitkan keganasan dan kenyataan palsu serta penjualan hadiah milik negara, telah difailkan terhadap Imran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Presiden Pakistan
#Imran Khan
#bimbang ditahan
#Mahkamah Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan