awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang

Bernama
Bernama
21/09/2023
20:45 MYT
Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menyematkan pingat kepada Sarjan Abd Majid Samsudin pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.- - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Peristiwa membantu pasukannya membunuh komunis, masih segar dalam ingatan bekas anggota polis Awang Daud, walaupun beliau kini telah mencecah usia 88 tahun.
Awang merupakan antara Special Constable (SC) yang menjaga keamanan di Kota Kechil, Kota Tinggi daripada ancaman komunis pada 1955 hingga 1958.
Bapa tiga anak itu berkata, peristiwa yang tidak boleh dilupakannya ialah ketika beliau menghentak seorang komunis dengan menggunakan hujung senapangnya, yang menyaksikan komunis itu terbunuh selepas cuba melarikan diri ketika dikejar dalam satu operasi.
"Operasi itu berlaku pada tahun 1957, sebelum merdeka. Saya bersama rakan-rakan diketuai seorang pegawai, melakukan tugas penyamaran di kawasan kediaman penduduk dengan menyapu sampah dan membersihkan kawasan longkang.
"Kira-kira pukul 2 pagi hari kelima penyamaran, seorang ketua komunis memasuki kediaman penduduk dan salah seorang daripada kami melepaskan tembakan, sebelum komunis itu cuba melarikan diri.
"Saya mengejar komunis terbabit dan menghentaknya dengan menggunakan hujung senapang sebanyak dua kali, menyebabkan komunis itu terbunuh di lokasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Johor Siri 1/2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Awang yang merupakan antara 92 penerima PJPN dalam istiadat itu, menamatkan perkhidmatan sebagai SC polis pada 1958, sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Warga emas itu pada masa sama menasihati generasi muda agar menyertai badan beruniform seperti polis dan tentera, supaya dapat menyumbang jasa kepada negara.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, daripada keseluruhan penerima PJPN, seramai 12 orang merupakan pesara polis, bekas polis, petugas era darurat, 28 pegawai dan anggota masih berkhidmat, serta 52 balu atau waris kepada pesara polis yang sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, seramai 3,381 penerima dari Kontinjen Johor, telah dianugerahkan pingat berkenaan sejak 2018. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#membunuh komunis
#menyapu sampah
#tugas penyamaran
#menjaga keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan