awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/05/2024
04:10 MYT
Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis. - Astro AWANI
IPOH: Bekas Presiden Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak (PPOC) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tiga pertuduhan pecah amanah hasil jualan dua bidang tanah milik persatuan itu, membabitkan RM492,474 pada 2019 dan 2020.
Kamarulzaman Abdullah, 65, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman satu hari penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh jatuh hukuman.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM80,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda, bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Mahkamah juga memerintahkan wang tunai yang disita berjumlah RM11,200 dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1) (a) Akta SPRM 2009 kepada kerajaan Malaysia.
Selain itu, wang simpanan dalam empat buah bank yang berkaitan berjumlah RM49,903 beserta faedah turut dilucuthak di bawah seksyen dan akta sama, kepada kerajaan Malaysia.
Menurut pertuduhan pertama, dia yang diamanahkan dengan hasil jualan dua bidang tanah di Kampung Tengku Husin Baharu, Ipoh bernilai RM540,000 telah melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan sebahagian wang penjualan tanah tersebut berjumlah RM 413,974 kepada akaun peribadinya, pada Disember 2019.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan RM30,000 dan RM48,500 hasil jualan tanah sama ke dalam akaun dua buah syarikat milik anak tirinya pada 8 November 2019 dan 1 Januari 2020.
Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dan Pegawai Pendakwa Mohd Shafiqzan Suhaimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#Bekas Presiden PPOC
#hasil jualan tanah
#akaun peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan