Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan budaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, harı ini, atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.
Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Sementara itu, tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir, 28, juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli belah Pavilion, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Vipod Residences, di Maybank Taman Tun Dr Ismail dan Wisma Genting dan di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya antara 19 Jan hingga 29 Julai, 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Md Yunos Sharif.
Mengikut 14 pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah berjumlah RM2,871,500 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada serta Abdul Halim Khuajah.
Ia sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender ‘Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif Untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia’ serta ‘Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan Bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia” untuk Inter Bev Network.
Tertuduh juga didakwa berjanji untuk mendapatkan tender ‘RFP-Global Advertising Agency And Promotion For Tourism Malaysia’ kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.
Bagi tiga pertuduhan pula, Mohd Saifullah didakwa secara rasuah meminta daripada Ronald melalui Roslan iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, di sini, berjumlah RM20,015 melalui cek Maybank yang diberikan kepada Roslan.
Dia juga didakwa menerima suapan daripada Ronald bagi pembayaran sewa rumah sama berjumlah RM5,500 secara pindahan akaun Maybank melalui Roslan.
Mengikut satu lagi pertuduhan, Mohd Saifullah dituduh menerima suapan RM232,000 daripada Ronald melalui tunangnya, Nurfadziana berhubung perkara sama.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dgn seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah sebelum 2 Sept serta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran pada minggu pertama setiap bulan manakala Nurfadziana dibenarkan diikat jamin RM100,000 beserta syarat sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Sept ini untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.
Terdahulu, Farah Yasmin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap Mohd Saifullah atas alasan terdapat kebarangkalian tertuduh melarikan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan.
"Permohonan pendakwaan ini disokong oleh afidavit pegawai penyiasat bahawa usaha-usaha telah dijalankan oleh SPRM dalam mengesan tertuduh semasa tempoh siasatan pada 10 Jun hingga 11 Julai lalu.
Bagi Nurfadziana pula, Farah Yasmin berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana melibatkan wang RM232,000 dan menawarkan jaminan RM500,000.
Md Yunos pula berhujah jika dibaca secara keseluruhan kandungan afidavit tersebut ia hanya menyatakan SPRM gagal mengesan Mohd Saifullah berdasarkan usaha yang dilakukan tetapi tiada dalam afidavit yang menyatakan tertuduh mengelak atau melarikan diri daripada SPRM.
"Dalam afidavit itu tertuduh telah menyerahkan diri kepada SPRM pada 14 Ogos dan tidak pernah melarikan diri dari SPRM sebaliknya membantu siasatan. Kami mohon jaminan rendah serta munasabah terhadap Mohd Saifullah manakala RM50,000 bagi Nurfadziana,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham (kiri) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. - Foto BERNAMA

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta. Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

Waktu operasi kedai makan dilanjutkan, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Ini lima perkara yang dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April 2021.

COVID-19: 1,317 jangkitan baharu, dua minggu berturut-turut kes empat angka
Jangkitan baharu hari ini menjadikan 14 hari berturut-turut Malaysia merekdokan kes empat angka sejak 29 Mac lalu.

Selangor, Johor, KL dikenal pasti lokasi panas 'scammer'
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti tiga negeri sebagai lokasi panas yang aktif dengan kes penipuan atau 'scam'.

65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL - DBKL
Pengunjung bazar Ramadan diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ramadan: Hanya tiga lokasi dibenar agih makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur
Lokasi berkenaan adalah Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang; Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit

COVID-19: Tujuh kluster baharu termasuk tiga dari komuniti dikesan
Sebanyak tujuh kluster baharu direkodkan hari ini membabitkan negeri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih
Kesemua 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya pada jam 8.15 malam ini.

66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Lumpur, 57 peratus dengan 20 kawasan masih belum pulih.

Ecofirst ambil alih simpanan tanah di pinggir pusat bandar KL dengan GDV RM1.2 bilion
Ia sejajar usaha pengembangan kumpulan untuk terus meningkatkan kehadirannya dalam industri pembangunan hartanah dengan meningkatkan simpanan tanah di kawasan Lembah Klang.

Lima kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Lima daripada 58 kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 3 petang hari ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).