awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas setiausaha sulit kanan menteri, tunang direman SPRM lima hari

Bernama
Bernama
15/08/2020
04:39 MYT
Bekas setiausaha sulit kanan menteri, tunang direman SPRM lima hari
Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan seorang wanita ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM3.7 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, lelaki berumur 29 tahun itu dan tunangnya yang berusia 28 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 5.44 petang semalam selepas mereka hadir menyerah diri.
Pada 12 Jun lepas, media melaporkan SPRM sedang mengesan bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri, Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, bagi membantu siasatan kes.
Sebelum itu, SPRM dilaporkan telah mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut pada 27 Julai lalu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan dokumen dan invois palsu.
Pemilik syarikat berkenaan didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung Tender RFP- Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Majistret Putrajaya
#Malaysia
#Media
#menteri
#pelancongan
#Rasuah
#Semporna
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan