awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Speaker Dewan Negara Adam Kadir dicalon hadiah Nobel Kesusasteraan

Bernama
Bernama
08/02/2024
11:40 MYT
Bekas Speaker Dewan Negara Adam Kadir dicalon hadiah Nobel Kesusasteraan
Adam mengesahkan pencalonannya dan ia merupakan kali ketiga berturut-turut beliau dicalonkan sejak 2022. - Gambar/ YouTube Anak Berserah Channel
KUALA LUMPUR: Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Adam Kadir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun ini yang merupakan anugerah tahunan berprestij oleh Akademi Sweden.
Ia adalah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diwujudkan oleh usahawan Sweden, Alfred Nobel dan telah dianugerahkan setiap tahun sejak 1901 kepada seorang pengarang dari mana-mana negara yang menurut beliau telah menghasilkan karya idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan.
Bercakap kepada Bernama hari ini, Adam mengesahkan pencalonannya dan ia merupakan kali ketiga berturut-turut beliau dicalonkan sejak 2022.
"Mudah-mudahan saya akan bertuah pada (pencalonan) kali ketiga," katanya sambil berseloroh ketika dihubungi.
Adam berkata beliau telah mengarang 17 buku selain menghasilkan ratusan artikel, esei dan kolum untuk siaran akhbar tempatan dan majalah.
Adam, 81, berkata berdasarkan peraturan umum, pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang lepas mendapat pencalonan tiga kali.
Pencalonan adalah berdasarkan kriteria kerja sepanjang hayat dengan produksi penulisan terkini.
Untuk rekod, tiada penulis Asia Tenggara yang memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan setakat ini.
Rabindranath Tagore dari India adalah warga Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah itu pada 1913.
Adam berkata beliau telah menulis dalam pelbagai genre sejak di bangku sekolah ketika mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan dan memenangi pelbagai hadiah di peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau meneruskan aktiviti penulisannya apabila bergelar mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960-an dan berjaya menghasilkan novel pertamanya.
Adam memperoleh LLM dalam Undang-Undang Korporat dan Komersial dari University London, MSc dari Ohio University dan AMP dari Harvard University di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Presiden Senat
#Adam Kadir
#Nobel Kesusasteraan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan