MALAYSIA
Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Adam Kadir meninggal dunia
Pemergiannya disambut dengan rasa dukacita oleh pelbagai lapisan masyarakat.
KUALA LUMPUR: Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir, telah meninggal dunia pada usia 83 tahun, meninggalkan warisan besar sebagai penulis, sasterawan dan negarawan yang disegani.
Ringkasan AI
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.40 tengah hari Ahad.
Berasal dari Kampung Pantai Beserah, Kuantan, beliau dikenang sebagai tokoh penting dalam landskap politik dan kesusasteraan tanah air.
Sepanjang kerjaya politiknya, Tan Sri Adam pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuantan dari 1986 hingga 1990, sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dari 1995 hingga 1996.
Di luar arena politik, Allahyarham aktif menulis sejak tahun 1960-an, dengan karya-karya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Beserah.
Gaya penulisannya yang kaya dengan nilai kemanusiaan dan sejarah tempatan menjadikan beliau antara suara utama dalam sastera Melayu kontemporari.
Pada tahun 2024, beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Nobel Sastera - satu pengiktirafan antarabangsa yang mencerminkan sumbangan besar beliau dalam dunia penulisan.
Allahyarham juga merupakan anak kepada pengasas mee calong Beserah, hidangan tradisional yang kini menjadi lambang kebanggaan komuniti setempat.
Berita pemergian beliau mengundang rasa dukacita daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk tokoh politik, penggiat sastera dan orang awam, yang menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan rohnya.
Ringkasan AI
- Tan Sri Adam Kadir meninggal dunia pada usia 83 tahun, dikenang sebagai tokoh politik, penulis dan sasterawan yang disegani.
- Pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuantan dan Yang di-Pertua Dewan Negara, serta aktif menghasilkan karya sastera sejak 1960-an yang menggambarkan kehidupan masyarakat Beserah.
- Dicalonkan untuk Anugerah Nobel Sastera pada 2024, dan pemergiannya disambut dengan rasa dukacita oleh pelbagai lapisan masyarakat.