IPOH: Bekas Orang Besar Jajahan (OBJ) Kinta, Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan, 78, meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi Rabu.
Menurut kenyataan Pejabat OBJ Kinta, jenazah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Sungai Ramal, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Panglima Kinta, di sini, kira-kira jam 2 petang ini.
Allahyarham yang dilahirkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar merupakan OBJ Kinta antara tahun 2000 hingga 2015.
Terdahulu, Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dari tahun 1986 hingga 2004, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar (1987 - 1995) dan Timbalan Menteri Pertahanan (1995 - 1999).
Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari tahun 1993 hingga 2000.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Ezatul Hamsiah Hussein dan tujuh orang anak.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 06 2023
Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi Rabu.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jenazah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Abdullah Fadzil selamat dikebumi
Jenazah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan selamat dikebumikan petang Rabu.
Arena badminton negara berduka pemergian Abdullah Fadzil
Arena badminton negara hari ini berduka dengan pemergian seorang tokohnya, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan.
Bekas Timbalan Menteri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi Rabu.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan dilaporkan hilang
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku pada Ahad.