KUALA LUMPUR:Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) perlu dijalankan secara sama rata dan bukan hanya tertumpu kepada kakitangan yang terlibat dalam pengurusan dan penyeliaan semata-mata.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), J Solomon berkata, kerajaan tidak sepatutnya menetapkan sebarang peratus dalam arahan itu dan keputusan itu kini nampak seakan selektif.
Tegasnya, adalah lebih baik syarikat menentukan sendiri jumlah yang perlu mengikut dasar BDR kerana mereka lebih arif dengan operasi syarikat.
“Kami faham rasional kerajaan kenalkan dasar BDR namun kita lihat ia dilaksanakan dengan elemen diskriminasi, dengan beri keutamaan kepada kepentingan pengurusan dan penyeliaan.
“Ia seolah-olah meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada nyawa mereka dan kesihatan mereka berbanding kesihatan pekerja biasa,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya, pengasingan itu tidak seharusnya berlaku kerana tujuan utama dasar itu dilaksanakan adalah untuk mengekang penularan COVID-19 dan semua orang berdepan risiko yang sama.
Dalam pada itu, Solomon mengakui sektor perbankan sukar melaksanakan arahan BDR khususnya bagi cawangan yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“NUBE menyeru kerajaan untuk benarkan syarikat dan wakil kesatuan termasuk bank menetapkan jumlah keperluan yang dibenarkan bekerja dari rumah.
“Ia perlu agar khidmat bank kepada orang ramai tidak terjejas di kawasan yang diletakkan di bawah PKPB,” ujarnya.
Katanya lagi, sekiranya mengurangkan jumlah kakitangan di cawangan bank, ia akan menyukarkan operasi bank tersebut.
BACA: Surat pekeliling kakitangan kerajaan kerja dari rumah, dikeluarkan hari ini
Astro AWANI pada Rabu melaporkan surat pekeliling kepada kakitangan kerajaan di kawasan pelaksanaan PKPB untuk bekerja dari rumah berkuat kuasa pada Khamis.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu dikeluarkan kepada pegawai yang bertugas di peringkat pengurusan dan pentadbiran yang tidak diperlukan berada di pejabat.
"Hari ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling bagi memaklumkan berkenaan arahan ini di mana Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran yang tidak diperlukan berada di pejabat, supaya bekerja dari rumah.
"Walau bagaimanapun, arahan bekerja dari rumah ini adalah terkecuali kepada pegawai awam yang berada di perkhidmatan penting dan diklasifikasikan kritikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas dan berjalan lancar," katanya.
Ridauddin Daud
Thu Oct 22 2020
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), J Solomon berkata, kerajaan tidak sepatutnya menetapkan sebarang peratus dalam arahan itu dan kini keputusan itu nampak seakan selektif. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.
WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.
Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.
Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.