KUALA LUMPUR: Kerajaan dan majikan swasta perlu menyediakan kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah (BDR) seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, kemudahan dan persekitaran seperti yang dinikmati oleh pekerja yang bekerja di pejabat perlu disediakan, bagi menjayakan konsep BDR berkenaan bagi memastikan hasil dan produktiviti dapat dicapai.
"Tiada gunanya jika kita melaksanakan konsep BDR, jika hasil atau produktiviti yang kita harapkan tidak dapat dicapai akibat persekitaran kerja yang tidak sesuai, kerana akhirnya pekerja yang dipersalahkan kerana tidak mencapai produktiviti yang ditetapkan.
"Sekiranya konsep ini mahu diperkenalkan pada masa akan datang, ia perlu dirangka dengan pendekatan yang menyeluruh, agar tidak menjadi sia-sia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Muhyiddin dilaporkan telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.
Menyifatkan cadangan berkenaan sebagai memberi sinar baharu kepada golongan wanita, Adnan turut menyeru agar JPA dan KSM membuat penilaian segera terhadap cadangan berkenaan.
Tambah Adnan, langkah berkenaan dapat meningkatkan produktiviti negara dengan penglibatan lebih ramai wanita, dalam pasaran buruh.
"Berdasarkan statistik semasa, jumlah penyertaan tenaga buruh melibatkan golongan wanita hanya mencatatkan sekitar 55.3 peratus, berbanding 80.7 peratus golongan lelaki dan ini satu jurang yang sangat besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Menurut Cuepacs, kerajaan dan majikan swasta perlu menyediakan kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah. - Gambar fail
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.
Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.
Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.
PERKESO laksana skim perlindungan suri rumah bermula 2022 - Saravanan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai, 2021, yang bersetuju supaya suri rumah diberikan perlindungan keselamatan sosia
Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN
Ia selaras pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi.
Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.
Kekal produktif walaupun di rumah
Elak kecekapan bekerja menurun, ini tip agar dapat mengekalkan produktiviti dan fokus semasa bekerja dari rumah.
Aduan majikan tidak benarkan BDR hampir 50 peratus - Awang Hashim
Ini tidak patut berlaku kerana kerajaan telah melancarkan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Bekerja dari rumah: Sisi negatif mula kelihatan
Antara aduan diterima ialah pekerja terpaksa korban masa peribadi dan majikan yang terlalu mendesak.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".