KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Katanya berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025, namun jumlah terkini sudah menjangkau unjuran itu.
Beliau berkata lambakan pekerja asing itu meliputi jumlah golongan yang sedia ada, pertambahan daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) serta Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
"Sehingga mesyuarat Kabinet yang lepas, memang kita tidak akan buka pemberian kuota baharu untuk sementara waktu...namun bergantung kepada keputusan terbaharu, kita akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program HR Leaders Networking Luncheon di sini hari ini.
"Bagi tahun hadapan kita tidak tahu lagi (kuota pengambilan pekerja asing) kita kena lihat dalam pelbagai konteks...kita hentikan pengambilan (pekerja asing) dan kita akan lihat balik keperluan ambil warga asing pada masa hadapan," tambahnya.
Sebelum ini, media melaporkan jumlah pekerja asing di negara ini seramai 2.7 juta sudah melebihi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA

10 pelari digantung 3 tahun kerana buang air kecil di tempat awam semasa maraton
Persatuan menggesa pelari dan penganjur acara untuk menegakkan peraturan perlumbaan dan melindungi integriti sukan itu.

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu.