awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Ahli Parlimen pembangkang tak rasa bersalah mungkir janji - Dr Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/11/2020
11:10 MYT
Belanjawan 2021: Ahli Parlimen pembangkang tak rasa bersalah mungkir janji - Dr Mahathir
Menurut Tun Mahathir, beliau bersama tiga lagi ahli Pejuang kekal menolak Belanjawan 2021. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan ahli Parlimen pembangkang yang tidak bangun menyatakan sokongan terhadap usul belah bahagi RUU Perbekalan 2021di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ahli Parlimen berkenaan tanpa rasa bersalah 'memberikan sokongan' kepada kerajaan yang disifatkan oleh beliau sebagai korup.
“Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.
“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” dakwa Dr Mahathir dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba mengusulkan pengundian belah bahagi, namun tidak berjaya selepas hanya 13 ahli Parlimen menyatakan sokongan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan beliau dan semua ahli Parti Pejuang kekal dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah.
“Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak.
“Perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk Kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.
“Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka,” dakwanya lagi.
Sehubungan itu, beliau bersama tiga lagi ahli Pejuang kekal menolak Belanjawan 2021.
Mereka termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; serta Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#Mahfuz Omar
#Dewan Rakyat
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Belanjawan 2021
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan