ARTIKEL ini mengupas dua isu:
Pertama, pertalian di antara risiko kesihatan, ketidakstabilan politik dan risiko ekonomi dikupas di dalam menentukan titik keseimbangan kebajikan.
Kedua, ia mengupas mengapa “perpaduan ekonomi” dalam kalangan ahli politik penting kepada Belanjawan 2021.
Titik keseimbangan di antara risiko jangkitan COVID-19 dan risiko ekonomi menjadi pertimbangan utama kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat terjaga.
Di antara Mac dan Mei tempoh hari, kita telah memberi keutamaan kepada risiko kesihatan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Akibatnya, pengeluaran sektor-sektor ekonomi telah terjejas teruk yang seterusnya memberi implikasi besar kepada bilangan pengangguran.
Contohnya, pada bulan Jun 2020 terdapat 18,579 individu kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran berada pada paras 4.9 peratus.
Daripada sudut ekonomi, wujud trade-off atau perhubungan negatif di antara risiko jangkitan COVID-19 dengan risiko ekonomi seperti yang digambarkan pada Panel A dalam rajah di bawah.
Ketika mana kes jangkitan COVID-19 tinggi, PKP akan dilaksanakan yang menyebabkan pergerakan individu diperketatkan dan aktiviti perniagaan dihadkan (sama ada hadkan tempoh operasi atau hadkan sektor-sektor tertentu sahaja).
Kesannya, sebahagian individu akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan akan berkurangan. Situasi ini akan menyebabkan keseimbangan kebajikan tidak boleh dicapai.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri-negeri dan kawasan-kawasan tertentu merupakan fine-tuning untuk memastikan risiko kesihatan dan risiko ekonomi dapat dikurangkan dan seterusnya memastikan kebajikan tidak jauh tersasar daripada titik keseimbangan.
Gambaran situasi ini diberikan pada Panel A rajah di atas.
COVID-19 juga didapati menjadi penentu kepada titik keseimbangan kebajikan yang melibatkan kestabilan politik.
Kestabilan politik sesebuah negara mempengaruhi kestabilan ekonomi. Ekonomi akan berhadapan dengan risiko apabila keadaan politik dan tadbir urus negara berada dalam keadaan tidak menentu.
Pertalian di antara ketidakstabilan politik dan risiko ekonomi digambarkan pada Panel B dalam rajah di atas.
Semakin tidak stabil politik sesebuah negara, semakin tinggi risiko ekonomi yang bakal dihadapi.
Pada ketika jangkitan COVID-19 meningkat, wujud keseimbangan sementara di antara ketidakstabilan politik dan risiko ekonomi.
Keseimbangan ini bersifat sementara kerana percaturan politik akan kembali ke arena apabila risiko kesihatan dapat dikawal sepenuhnya.
Keseimbangan sementara ini akan hanya disahkan secara pratikalnya melalui pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada Jumaat ini.
Belanjawan ini juga bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana dijangka akan mendapat sokongan kesemua Ahli Parlimen di atas dasar “perpaduan ekonomi”.
Jadi elok juga jika dirungkai secara ringkas mengapa Belanjawan 2021 perlu diluluskan.
Terdahulu kerajaan telah mengumumkan empat pakej rangsangan ekonomi, iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN, yang kesemuanya berjumlah RM305 bilion.
Jika tahun ini sudah dilaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi, mengapa Belanjawan 2021 menjadi sangat penting kepada negara yang memerlukan kepada panggilan “perpaduan ekonomi” dalam kalangan semua Ahli Parlimen?
Kita perlu fahami bahawa wujud jurang masa di dalam melaksanakan kesemua program di bawah pakej-pakej rangsangan tersebut.
Pada pengamatan penulis, kadar pelaksanaan program-program yang dirangka masih di bawah paras 70 peratus.
Program-program yang dirangka perlu diteruskan pada 2021 dan penambahbaikan mungkin diperlukan.
Perlu difahami juga impak pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi ini hanya dapat dilihat selepas beberapa bulan pelaksanaannya.
Hal ini kerana impak peruntukan kewangan yang diterima oleh peniaga dan isi rumah hari ini hanya dapat dinilai keberkesanannya selepas beberapa tempoh masa.
Ini dinamakan lagging effects di dalam istilah analisis ekonomi.
Justeru itu, Belanjawan 2021 perlu diluluskan bagi memastikan kelangsungan program-program pada pakej rangsangan ekonomi 2020 dan memastikan penambahbaikan boleh dilaksanakan.
Hal ini memastikan pemulihan ekonomi rakyat, peniaga dan negara berada pada landasan yang betul.
Negara, peniaga dan rakyat akan menghadapi risiko jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan atau dimanipulasi.
Untuk mendapatkan pemahaman mudah, biar penulis berikan analogi seperti berikut: Bella terlibat di dalam kemalangan yang memberi impak terhadap fungsi otak.
Bella dirawat oleh beberapa doktor pakar otak di sebuah hospital. Di dalam tempoh rawatan, Bella dijangka akan pulih lebih cepat hanya jika dia dirawat oleh pakar otak berbanding jika pakar-pakar lain seperti pakar kanak-kanak dan pakar kulit dilibatkan sekali.
Perhatian Belanjawan 2021 perlu terarah kepada pemulihan ekonomi rakyat dan peniaga.
Ekonomi negara sedang melalui fasa pemulihan dengan kadar pemulihan kebanyakan perniagaan dianggarkan sudah melepasi 50 peratus.
Kadar pengganguran dijangka stabil sekitar 4.4 peratus sehingga 4.6 peratus untuk tahun 2020 (pengangguran normal ketika tiada krisis adalah sekitar 3.3 peratus).
Sebahagian perniagaan telah pulih dan begitu juga sebahagian pekerja telah mendapat pekerjaan.
Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.
Contohnya, peluang pekerjaan yang sedia ada juga berkemungkinan tidak sepadan dengan pekerjaan sebelum COVID-19 melanda ekonomi negara.
Begitu juga, kadar gaji dan upah yang ditawarkan juga tidak sepadan dengan pekerjaan terdahulu.
Jadi di dalam fasa pemulihan ini masih ramai dalam kalangan pekerja dan isi rumah yang memerlukan bantuan bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Begitu juga dengan golongan peniaga.
Analogi berikut juga mungkin boleh membantu dalam memahami falsafah pemulihan ekonomi yang terdapat di dalam Belanjawan 2021: Zairi seorang mekanik yang membuat overhaul keseluruhan enjin ke atas sebuah kereta.
Overhaul telah siap dan kesemua komponen enjin kereta telah siap dipasang semula. Ujian pemanduan menunjukkan masih ada komponen yang perlu dibaiki semula dan ada komponen yang perlu diganti.
Inilah proses yang perlu dihadapi oleh kerajaan ketika fasa pemulihan ekonomi. Pada ketika ini, adalah lebih baik overhaul ekonomi itu dikemudi oleh mekanik yang sama bagi mengurangkan risiko.
Pengambilalihan oleh mekanik lain boleh dipertimbangkan di masa akan datang, setelah penilaian dilakukan.
Artikel ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari dan Abdifatah Ahmed daripada Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan, PERKESO
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Abdifatah Ahmed
Wed Nov 04 2020
Negara, peniaga dan rakyat akan menghadapi risiko jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan atau dimanipulasi.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.