Belanjawan 2021: Dewan Rakyat lanjut sidang hingga semua kementerian selesai penggulungan

Fauzi Suhaimi
November 26, 2020 02:43 MYT
Usul untuk melanjutkan sidang hari ini diluluskan sebulat suara selepas dibentang Takiyuddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk tidak menangguhkan persidangan sehingga kesemua sembilan kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.
Usul untuk melanjutkan sidang itu diluluskan sebulat suara selepas dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau membentangkan usul mengikut peraturan 12(1) sebelum disokong Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Setakat ini, 20 kementerian telah menggulung perbahasan RUU itu dan sesi pengundian dijangka akan dilakukan sebaik selesai penggulungan terakhir oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
BACA: Sesi pengundian Belanjawan 2021 kekal pada Khamis
BACA: Belanjawan 2021: Lulus atau tidak, diketahui hari ini
Dewan Rakyat semalam menetapkan sidang berjalan sehingga jam 3 petang sebagai sebahagian dari langkah membendung penularan COVID-19.
Mulai 6 Nov lalu, hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan memasuki sidang Dewan sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.
BACA: Mungkin Belanjawan 2021 diluluskan, harap kerajaan dengar teguran - Tun Mahathir
BACA: Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, negara akan hadapi satu lagi krisis politik - Tun Mahathir
#Takiyuddin Hassan #Dewan Rakyat #undang-undang #COVID-19 #Lanjut Sidang #Belanjawan 2021 #penggulungan #pengundian #lulus #Parlimen #Perdana Menteri #politik #kerajaan #rakyat