awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Dewan Rakyat dihadkan kepada 80 Ahli Parlimen mulai esok

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2020
03:03 MYT
Sidang Dewan Rakyat dihadkan kepada 80 Ahli Parlimen mulai esok
Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan hadir pada satu-satu masa sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan memasuki sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada satu-satu masa bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, daripada jumlah tersebut, 41 mewakili Ahli Parlimen Kerajaan sementara 39 lagi mewakili Ahli Parlimen Pembangkang dan Bebas.
Langkah tersebut diambil sebagai usaha untuk mencegah penularan COVID-19.
"Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan ditetapkan oleh parti masing-masing.
"Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Bharu selaraskan kehadiran di pihak Anggota Pentadbiran dan ahli-ahli backbenchers.
"Manakala, di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran Ahli-Ahli Pembangkang dan Bebas," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau menasihati Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing.
"Ahli-Ahli berhormat yang tidak diberikan Kad Khas pula boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran dengan bantuan Bentara yang ditugaskan di kedua-dua pintu tersebut untuk mencatatkan kehadiran Ahli-ahli Berhormat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid menyarankan supaya semua Ahli Parlimen supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persidangan berlangsung.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#80 Ahli Parlimen
#sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga
#Mohd Rashid Hasnon
#Timbalan Speaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan