awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Gambaran Ahli Parlimen lebih utamakan rakyat - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2020
08:46 MYT
Belanjawan 2021: Gambaran Ahli Parlimen lebih utamakan rakyat - Penganalisis
Dr Madeline Berma berkata, rakyat tentunya tidak mahu melihat satu belanjawan yang bertujuan untuk melandaikan keluk pandemik dan pengucupan ekonomi pada akhirnya ditolak atas nama 'politicking'. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang disifatkan sebagai belanjawan perpaduan menjadi titik tolak baharu negara, yang memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Malaysia lebih mengutamakan rakyat di sebalik perbezaan politik.
Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, rakyat tentunya tidak mahu melihat satu belanjawan yang bertujuan untuk melandaikan keluk pandemik dan pengucupan ekonomi pada akhirnya ditolak atas nama 'politicking'.
Katanya, ia adalah norma baharu dalam politik negara di mana kerajaan dan pembangkang bersama-sama berbincang sebelum meluluskan belanjawan di Parlimen nanti.
"Apabila saya dengar mengenai bajet perpaduan, saya amat mengalu-alukan dan saya yakin begitu juga rakyat Malaysia.
"Kita tidak mahu satu bajet baik yang memberi keutamaan untuk melandaikan keluk pandemik dan keluk pengucupan ekonomi ditolak atas nama politicking," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Madeline memberitahu, kerajaan harus memberi bantuan secara bersasar kepada sektor-sektor yang terjejas akibat COVID-19.
"Bantuan itu harus diberikan secara bersasar bukannya mencurahkan air. Maksudnya ia menyasarkan kepada sektor-sektor yang terkesan akibat pandemik seperti perhotelan, pelancongan dan sebagainya," ujarnya lagi.
Selain itu beliau memberitahu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan bantuan kepada industri yang bertumbuh dengan pantas serta berupaya melakukan digitalisasi dalam mengekalkan pekerjaan sedia ada dan juga mewujudkan peluang kerja baharu.
Topic Berkaitan
#Bajet 2021
#pengucupan ekonomi
#melandaikan keluk pandemik
#bajet perpaduan
#politicking
#peluang pekerjaan
#COVID-19
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan