awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021 garis tiga kombinasi bina ketahanan negara

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2020
04:19 MYT
Belanjawan 2021 garis tiga kombinasi bina ketahanan negara
Tengku Zafrul berkata, Belanjawan 2021 pada November adalah peluang untuk kerajaan melakukan langkah pengukuhan dan ketahanan ekonomi negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 akan menggariskan kombinasi antara dasar mesra perniagaan, pengurusan dasar fiskal berhemah dan alat transformasi yang berkesan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu mampu membina ketahanan negara terhadap kejutan ekonomi masa depan.
"Belanjawan 2021 akan menggariskan kombinasi dasar mesra perniagaan, pengurusan dasar fiskal berhemah dan alat transformasi yang berkesan bagi membina ketahanan negara terhadap kejutan ekonomi pada masa hadapan.
"Ini akan memastikan usaha menggerakkan pembangunan ekonomi dilakukan," katanya dalam ucaptama Persidangan Ekonomi Malaysia 2020 "COVID-19: Penilaian Kewangan, Impak Ekonomi dan Kesannya" yang disiarkan melalui Zoom pada Isnin.
Sementara itu, tambah beliau, Malaysia tetap membuka peluang perniagaan kepada komuniti antarabangsa dan rakan dagang di sebalik pandemik COVID-19.
Pada masa sama, katanya, kerajaan berusaha memastikan urusan perniagaan terus beroperasi melalui pelbagai inisiatif termasuk program subsidi upah.
"Kepada komuniti antarabangsa dan rakan dagang kami, saya sekali lagi ingin menekankan bahawa Malaysia kekal membuka peluang perniagaan.
"Kerajaan akan membantu perniagaan mengekalkan kapasiti operasi mereka termasuk inisiatif program subsidi yang telah menyelamatkan hampir 2.6 juta pekerjaan dan pada masa sama, Technology Adoption Program membantu sebahagian perniagaan kecil dan besar," kata Tengku Zafrul.
Ujarnya, ekonomi Malaysia dijangka meningkat sehingga ke 8 peratus pada tahun 2021.
Ia bakal menjadikan Malaysia antara negara terpantas dari segi pembangunan ekonomi di kalangan negara Asia Pasifik tahun hadapan.
"Ia menjadikan Malaysia platform untuk menggerakkan perniagaan serantau dalam pelaburan dan permodalan dalam pembangunan berpotensi negara.
"Kita juga melihat perniagaan tempatan mengambil peluang termasuk dalam perubahan perancangan termasuk produk kesihatan dan kelengkapan, elektrik dan elektronik dan e-dagang," ujarnya lagi.
Malaysia akan terus mengukuhkan ekonomi negara dengan meningkatkan rantaian nilai melalui penggunaan teknologi digital yang digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
"Sehingga vaksin COVID-19 belum dapat diperoleh, pandemik COVID-19 akan terus menjadi ancaman kepada pemulihan ekonomi sosial kita," kata Tengku Zafrul lagi.
Justeru, katanya, Belanjawan 2021 pada November depan adalah peluang untuk kerajaan melakukan langkah pengukuhan dan ketahanan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Menteri Kewangan
#Belanjawan 2021
#Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#kejutan ekonomi
#pembangunan ekonomi
#vaksin
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan