KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited memperkasakan modal insan dan pasaran buruh semasa dengan peruntukan sebanyak RM5.422 bilion dalam Belanjawan 2021.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.288 bilion adalah perbelanjaan tahunan kementerian manakala RM4.134 bilion pula peruntukan tambahan yang akan disalurkan kepada agensi di bawah kementeriannya membabitkan program perlindungan sosial, latihan kemahiran dan insentif pengambilan pekerja.
Katanya, daripada peruntukan tambahan itu juga, sejumlah RM1.5 bilion diberikan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0.
"Insentif ini menggalakkan syarikat mengambil pekerja tempatan yang mana had 200 pekerja dinaikkan kepada 500 orang untuk syarikat besar di bawah sektor pelancongan dan peruncitan.
"Berbanding negara lain, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengangguran melalui subsidi upah yang mana Perkeso membantu hampir 2.7 juta pekerja daripada hilang pekerjaan serta menyelamatkan 300,000 syarikat daripada gulung tikar.
“Usaha ini juga merupakan langkah kerajaan dalam mengatasi pengangguran sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan serta menyelamatkan syarikat daripada gulung tikar," katanya pada sidang media berhubung Belanjawan 2021 di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, kadar pengangguran negara yang dicatatkan sebanyak 5.3 peratus pada Mei dan turun kepada 4.7 peratus pada September adalah hasil pelaksanaan inisiatif seperti Program Subsidi Upah serta PenjanaKerjaya.
Justeru katanya, dana yang diperuntukkan itu akan digunakan bagi mengatasi isu pengangguran, melahirkan peluang pekerjaan serta menambah kemahiran seperti 'upskilling,' 'reskilling,' 'crosskilling' dan 'realskilling.'
Beliau menambah, susulan kejayaan program PenjanaKerjaya, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan siri kedua program tersebut.
"Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan.
"Pengambilan pekerja (yang terdiri daripada) orang kurang upaya (OKU), penganggur jangka panjang, ibu tunggal dan pekerja yang diberhentikan... majikan akan diberikan lagi insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan pekerja berkenaan," katanya.
“Selain itu, insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan akan ditawarkan bagi pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing dan kadar maksimum program latihan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional,” ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Nov 11 2020

M Saravanan berkata daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.5 bilion diberikan kepada Perkeso bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0. - Gambar fail/BERNAMA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

Permintaan kediaman di Selangor paling tinggi pada 2020, ramai berpindah ke kawasan pinggir bandar
Ia melibatkan empat jenis hartanah iaitu rumah teres, kondominium, kediaman servis serta apartmen.

Bantu pelajar B40, Inisiatif CERDIK dilancar Februari ini
Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 akan mula dilancarkan Februari ini.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.