awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021 lulus: Sokongan ini buktikan PN ambil kira kebajikan rakyat - Muhyiddin

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/12/2020
13:05 MYT
Belanjawan 2021 lulus: Sokongan ini buktikan PN ambil kira kebajikan rakyat - Muhyiddin
Ahli Parlimen Pagoh itu pada masa mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan agar Belanjawan 2021 ini diluluskan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada semua Ahli Parlimen dari blok kerajaan yang menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 sehingga menyaksikan ia diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Muhyiddin turut menyatakan sokongan ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa mengambil kira kebajikan, keselamatan nyawa, kesejahteraan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara.
"Alhamdulillah, saya sekali lagi melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT apabila RUU Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menyokong Belanjawan 2021 dari peringkat dasar, peringkat jawatankuasa sehingga kepada bacaan kali ketiga.
"Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua Ahli Parlimen kerajaan yang turut menyokong rang undang-undang ini ketika dibahaskan pada peringkat 27 kementerian sehingga diluluskan sama ada menerusi undian suara atau belah bahagi," jelasnya.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Malah jelasnya, ia juga membuktikan bahawa ahli Parlimen yang menyokong menyedari dan menginsafi bahawa belanjawan ini sangat penting kepada kerajaan.
"Ini juga membuktikan ahli-ahli Parlimen yang menyokong menyedari dan menginsafi bahawa belanjawan ini sangat penting kepada kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan yang sudah dirancang dengan keutamaan sudah tentunya untuk melawan pandemik COVID-19 serta meningkatkan taraf hidup rakyat seluruh lapisan masyarakat terutama golongan B40, M40, golongan rentan serta golongan kurang bernasib baik.
"Pendirian ahli-ahli Parlimen yang menyokong belanjawan ini turut membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan ancaman COVID-19.
"Saya harap ahli-ahli Parlimen dapat terus memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu pada masa mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan agar Belanjawan 2021 ini diluluskan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka.
BACA: RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Ia berlaku selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan bacaan ketiga, gagal.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Belanjawan 2021
#Perikatan Nasional
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#Barisan Nasional
#GRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan