KUALA LUMPUR:Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu, sokongan beliau dan rakan-rakan terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mahu rakyat dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off.
Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan juga perlu memastikan pelanjutan moratorium diperluaskan kepada golongan M40, sehingga Jun 2021.
“Kita bukan sekadar wakil atau jurucakap sahaja. Yang baik kita puji, yang tak elok kita perbaiki, yang langsung tak boleh diterima harap dipinda atau dimansuhkan. Harap kerajaan terbuka hati, dan mengambil kira pandangan dan cadangan.
“Belanjawan 2021 telah dapat menyediakan keperluan rakyat seperti yang saya terangkan tadi. Tetapi berdasarkan expectation (harapan) rakyat, perlu ditokok tambah dan buat penambahbaikan supaya penerimaan rakyat (terhadap Belanjawan 2021) akan menjadi lebih mantap dan menyeluruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbelanjaan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan antara tahun 2008 hingga 2018 berkata, beliau melihat pertumbuhan negara berada dalam paras terendah sejak sepuluh tahun lalu dan pembayaran dividen kepada rakyat juga berada pada kadar yang lembab.
Atas sebab itu, beliau berpandangan, pengeluaran RM10,000 dari KWSP bukan sahaja dapat membantu rakyat yang terdesak, bahkan tidak akan memberi kesan kepada pengiraan defisit negara.
“Ini saya maksudkan sebagai langkah berani dan luar biasa atau bold and unconventional method dalam keadaan luar biasa. Dana ini amat diperlukan untuk menambah kitaran wang dalam ekonomi. Pada masa ini kita sedar perbelanjaan kerajaan terhad dan langkah ini dapat membantu rakyat yang terdesak dan terkesan,” katanya lagi.
Najib berkata, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan hak rakyat, tetapi fokus harus tertumpu kepada usaha memulih dan memastikan kadar simpanan pencarum kembali bertambah.
Jelasnya lagi, perkara itu boleh direalisasikan melalui beberapa cara, antaranya membantu KWSP meraih pendapatan dengan pemberian projek seperti dilakukan sebelum ini seperti Kwasa Land, Battersea di United Kingdom dan pemilikan 46 peratus saham PLUS.
Keduanya, Najib turut menggariskan, kerajaan juga boleh mengubah struktur caruman pekerja dan majikan kepada kadar yang lebih tinggi selepas COVID-19 semakin pulih.
Dan ketiga, beliau mencadangkan agar kerajaan mengubah struktur pembayaran dividen melalui kaedah multi-tier dividend structure yang mana baki simpanan lebih rendah akan terima dividen lebih tinggi.
“Dengan ini simpanan masa tua pencarum yang terpaksa keluar one-off dari akaun pertama dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.
Najib berkata, pengeluaran wang RM10,000 itu amat penting untuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan ingin memulakan hidup baharu seperti memulakan perniagaan, membeli alatan seperti motosikal dan sebagainya.
“Mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan hanya sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari akaun tersebut,” kata Najib lagi.
Mengenai moratorium, Najib berkata, beliau bersetuju dengan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bahawa keuntungan bank tidak akan terjejas jika ia dilanjutkan dan diperluaskan kepada M40.
“Saban hari saya terima banyak aduan dan keluhan rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Jika kita lihat melalui platform media sosial seperti Facebook, dan Twitter, rata rata bukan sahaja saja dari
B40, malah M40 turut terima impak yang sangat dasyat.
“Pada belanjawan kali ini, kerajaan hanya memanjangkan moratorium pada B40, itu pun tidak kepada semua. Seakan-akan lupakan golongan M40 yang juga terima kesan yang besar daripada situasi yang kita hadapi,” tegas beliau lagi.
Sehubungan itu, Najib berkata, sokongan beliau dan rakan-rakan BNBBC tertakluk kepada kedua-dua perkara yang dibangkitkan itu.
Firdaus Azil
Tue Nov 10 2020

Najib berkata, mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari KWSP. - Gambar fail

COVID-19 | Ahli politik digesa bina pusat digital di rumah
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan menggesa semua ahli politik termasuk ahli Parlimen supaya membina pusat digital di rumah maisng-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.

Pesakit COVID-19 | Tiga hospital di Kedah dibuka
Kerajaan negeri Kedah menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menjadikan tiga hospital di negeri itu sebagai pusat rawatan bagi menempatkan pesakit positif COVID-19 dalam menampung pertambahan jumlah pesakit yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika ini.

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Darurat: Malaysia sahaja yang gantung Parlimen kerana COVID-19 - Najib Tun Razak
Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan yang menyamakan langkah Darurat Malaysia dengan 80 negara lain tidak tepat.

Malaysia negara paling gagal di Asean mengawal COVID-19 - Najib
Malaysia tidak lagi boleh mendakwa menjadi antara negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib didakwa dalang di sebalik surat, hanya 7 menyokong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Kekalkan tarikh pemilihan parti, tawarkan kepada rakyat pimpinan baharu - KP UMNO Pagoh
Keputusan pemilihan UMNO perlu bagi meyakinkan rakyat bahawa UMNO masih mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber.

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Bicara kes Najib, Arul Kanda atas dakwaan pinda laporan audit 1MDB ditangguh
Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Jan ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menentang sekeras kerasnya usaha kerajaan menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

UMNO lemas di kolam cetek kerana hilang upaya, bukan tidak pandai berenang- Annuar
Annuar Musa senada dengan Pengerusi MPN, Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek.

Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

Individu hadir Mesyuarat Kabinet, Bersatu perlu dikuarantin - Najib
Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, tindakan perlu diambil tanpa wujud 'double-standards' bagi mengelakkan berlaku Kluster Kabinet.