KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Kerajaan telah menangani penularan COVID-19 dengan baik, tetapi itu tidak bermaksud semua pihak boleh berpuas hati.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Malaysia masih boleh belajar daripada negara-negara yang lebih berjaya.
Ujarnya lagi, beliau mencadangkan agar Kerajaan mengkaji segala teknologi baharu, yang boleh mengurangkan jangkitan penyakit, dan mampu memperbaiki ekonomi negara yang agak merudum.
“Pada permulaan kita memerlukan dua minggu untuk tentukan sama ada seseorang sudah dijangkiti penyakit virus ini. Sekarang kita boleh tentukan sama ada positif atau tidak dalam masa 1½ jam. Ada juga jenis ujia yang boleh tentukan positif atau tidak dengan serta-merta. Dengan sistem ini kita boleh tentukan seseorang itu bebas atau tidak dari jangkitan.
“Kuarantin tidak perlu diadakan. Dengan menentukan seseorang itu bebas dari jangkitan, ia boleh dibenar bekerja dan membuat lawatan ke kawasan hijau. Di tempat lawatan sekali lagi ujian boleh diadakan untuk menentu pelawat bebas dari jangkitan,” katanya lagi.
Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menggesa Kerajaan melihat kembali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang beliau anggap ada kelompongan, dan memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan.
“Apabila orang yang sihat dikena kuarantin, termasuk semasa lockdown, daya keluar, produktivitinya tidak dapat menyumbang kepada ekonomi. Ekonomi negara akan merosot.
“Sesungguhnya lebih ramai orang yang sihat dikuarantin daripada mereka yang sudah dijangkiti. Apabila lockdown diadakan lebih ramai mereka yang sihat menjadi tidak produktif,” tegasnya lagi.
Dr Mahathir berkata, jika Kerajaan menggunakan ujian saringan yang mampu mengeluarkan keputusan dengan lebih pantas dan tepat, maka prosedur operasi standard (SOP) boleh diamalkan bagi memastikan lebih ramai orang dapat melancong atau bekerja.
Ujarnya lagi, langkah itu jika berjaya, sudah pasti dapat memberi sumbangan signifikan kepada pemulihan ekonomi negara.
“Memang kos pemeriksaan mahal. Kerajaan perlu bantu kos. Tetapi dengan ekonomi menjadi lebih maju, Kerajaan akan dapat pulangan sekurang-kurangnya separuh daripada sumbangan mereka yang sihat bekerja.
“Harus kita ingat bahawa kesan dari COVID-19 ini bukan sahaja terhadap kesihatan tetapi amat teruk kepada ekonomi. Lockdown memang satu cara membendung COVID-19 yang berkesan, tetapi ia menjejas ekonomi kita dengan teruk. Lebih lama lockdown lebih teruk lagi kemerosotan ekonomi,” katanya lagi.
Dr Mahathir berpendapat, pelaksanaan ‘lockdown’, hanya akan menekan rakyat yang miskin sehingga mereka kehilangan pendapatan dan tidak mampu sediakan makanan untuk diri dan keluarga masing-masing.
Ujarnya lagi, langkah Kerajaan menambah RM500 kepada mereka yang masih mempunyai pendapatan, dilihat tidak perlu.
“Apa perlunya Kerajaan menambah pendapatan mereka apabila gaji mereka lebih dari mencukupi membiayai keperluan hidup mereka.
“Sepatutnya bantuan diberi kepada pekerja yang hilang pekerjaan, dan hilang pendapatan sama sekali. Mereka tidak pun dapat membiayai makan harian,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Nov 12 2020
Kerajaan perlu kaji teknologi baharu, yang boleh mengurangkan jangkitan penyakit, dan mampu perbaiki ekonomi negara yang agak merudum. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.
Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'
PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.
Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu
Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.