ALOR SETAR: Bantuan RM200 kepada pesawah dan pemberian subsidi serta insentif bagi industri padi dalam Belanjawan 2023, membuktikan kepedulian Kerajaan Perpaduan untuk mentransformasi sektor pertanian ke arah lebih moden dan dinamik.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam kenyataan semalam memaklumkan ia juga dilihat sebagai langkah untuk menjadikan negara ini lebih kompetitif dalam pengeluaran makanan dan memperkasa sektor pertanian sebagai antara jentera pertumbuhan ekonomi negara.
"MADA menyambut baik Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan yang bersetuju menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.
"Sumbangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM228 juta kepada 240,000 pesawah di seluruh Malaysia termasuk pesawah di kawasan Muda," menurut kenyataan itu.
Menurut MADA pembentangan belanjawan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan menyelami gerak nadi pesawah dengan memberikan bantuan yang dapat meringankan beban mereka sementara menunggu hasil tuaian.
"Selaras dengan agenda keterjaminan makanan, kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi dan insentif bagi industri padi serta beras seperti harga padi, baja padi dan padi huma berjumlah RM1.6 bilion.
"Pesawah akan turut menikmati perkongsian 30 peratus keuntungan bersih import beras oleh BERNAS, selain sumbangan RM60 juta yang disediakan," menurut kenyataan itu.
MADA juga berharap dapat bersama kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam usaha mendepani cabaran sektor agromakanan.
Kawasan Muda terdapat seramai 57,635 peladang yang mengusahakan sawah seluas 100,658 hektar di bawah pentadbiran 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Menurut MADA pembentangan belanjawan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan menyelami gerak nadi pesawah dengan memberikan bantuan yang dapat meringankan beban mereka sementara menunggu hasil tuaian. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.