awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Noktah miskin tegar, kerajaan bantu 130,000 rakyat termiskin

Faida Rahim
Faida Rahim
24/02/2023
09:43 MYT
Belanjawan 2023: Noktah miskin tegar, kerajaan bantu 130,000 rakyat termiskin
Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 130,000 rakyat paling susah akan diberi bantuan dalam usaha untuk memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di negara ini.
Membentangkan Belanjawan 2023, beliau berkata bantuan ini akan diberikan tanpa mengira latar belakang kaum.
Katanya golongan itu akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah yang lebih menyeluruh.
“Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.
“Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR,” katanya.
Tambah beliau, beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan.
"Antaranya, bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali beri tetapi secara bulanan dan dipantau... sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian - untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.
"Aktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan," katanya.
Program ini menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.
Dalam pada itu, Kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan Kerajaan antara ICU dan JKM di bawah satu pangkalan data.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Anwar Ibrahim
#golongan miskin
#miskin tegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan