KUALA LUMPUR: Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah', kata Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia (MACFE), Datuk Seri Akhbar Satar.
Beliau berkata pelaksanaan perolehan kerajaan mesti telus dan terbuka berlandaskan tatakelola yang baik, tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku pembaziran wang rakyat dan pelanggaran hukum menggunakan kaedah rundingan terus.
"Tindakan membatalkan kaedah rundingan terus itu juga menunjukkan kerajaan tegas dalam mengelakkan pembaziran tiris termasuk mungkin ada penipuan atau harga diletakkan terlalu tinggi," katanya kepada Bernama.
Akhbar, yang juga ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berkata sekiranya projek mega diperolehi menerusi rundingan terbuka, kebiasaannya, harga yang ditawarkan adalah yang terbaik iaitu keuntungan dalam lingkungan 15 hingga 20 peratus berbanding 50 peratus menerusi rundingan terus.
"Peringatan kepada kontraktor bahawa tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga tinggi termasuk komisen kepada pegawai kerajaan. Pastikan juga pihak yang menjaga dan meluluskan tender projek mega mempunyai integriti dalam memastikan tiada unsur penyelewengan dan rasuah ketika rundingan," katanya.
Akhbar berpandangan jika konsep rundingan harus dibuat secara terus, pastikan ia dijalankan secara berintegriti dan telus.
"Memberi projek rundingan langsung hanya harus diberikan kepada kontraktor yang kompeten dan berwibawa dan harus dilaksanakan dengan integriti penuh. Langkah mengelak penipuan tawaran adalah untuk menetapkan prakelayakan syarikat atau kontraktor dengan menghendaki mereka mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit sejak beberapa tahun, " katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, berkata reformasi institusi melalui pembentangan Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, sebelum ini adalah sebahagian daripada tuntutan rakyat.
Beliau berkata keadilan hanya dapat dicapai sekiranya fungsi institusi pendakwaan dan kehakiman tidak dipengaruhi oleh kuasa eksekutif yang boleh menjejaskan keyakinan dan persepsi rakyat.
"Untuk itu, reformasi institusi yang dicadangkan harus bergerak seiringan dengan reformasi lain yang telah dicadangkan sebelum ini oleh pihak #RasuahBusters. Karenah birokrasi adalah antara halangan yang membuka ruang rasuah yang cukup besar dalam urusan berkaitan perkhidmatan awam," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Belanjawan 2023 harus mempunyai keupayaan untuk menggembleng seluruh kekuatan dan tenaga untuk menterjemah kebijakan baharu terutama dalam meninggalkan amalan pembaziran serta rasuah.
Beliau berkata ini kerana amalan rasuah dan penyelewengan bagaikan sudah sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan malah mencalar imej negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Akhbar berpandangan jika konsep rundingan harus dibuat secara terus, pastikan ia dijalankan secara berintegriti dan telus. - Gambar fail/Astro AWANI
Bursa Malaysia terus catat kenaikan dalam dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini walaupun prestasi Wall Street yang bercampur-campur.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Siapa Presiden Iran Ebrahim Raisi?
Tokoh politik berusia 63 tahun itu telah lama dianggap sebagai pengganti kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
[TERKINI] Nahas Helikopter: Presiden Iran Ebrahim Raisi dilapor meninggal dunia
Ini berita yang baharu kami terima, Presiden Iran Ebrahim Raisi dilapor meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku pada Ahad.
Menurut laporan Reuters yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terbakar sepenuhnya.
Turut terkoban Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdol Lahian.
Menurut laporan Reuters yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terbakar sepenuhnya.
Turut terkoban Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdol Lahian.
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka cecah RM4.67
Segala keputusan yang akan dicapai The Fed pada minggu ini sama ada menurunkan kadar dananya atau tidak, akan menentukan kedudukan nilai ringgit tempatan. Berdasarkan sentimen semasa, masih samar-samar sama ada bank pusat Amerika Syarikat itu akan melaksanakan penurunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 20 Mei 2024
Sentimen yang dinyatakan dalam penerbitan minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada 22 Mei 2024, berkemungkinan menjadi pemacu utama trajektori ringgit dengan pendirian untuk menurunkan kadar faedah yang berpotensi membawa kepada kejatuhan nilai dolar US dan memanfaatkan mata wang tempatan, katanya dalam satu nota penyelidikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan inflasi pada 2023 itu adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: Prestasi Bursa Malaysia setakat 20 Mei 2024
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka indeks itu berlegar dalam jajaran 1,605-1,635 pada minggu ini apabila aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku pada awal minggu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: FBM KLCI dijangka lepasi paras rintangan 1,620
Aktiviti jualan akan kekal berlaku di Bursa Malaysia namun data ekonomi tempatan yang kukuh dijangka menjadi penyokong besar untuk FBM KLCI.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.