awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: 'Purbasangka', 'hubaya', ini antara istilah Bahasa Melayu digunakan Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
24/02/2023
14:02 MYT
Belanjawan 2023: 'Purbasangka', 'hubaya', ini antara istilah Bahasa Melayu digunakan Anwar
Pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan Malaysia MADANI 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini sudah tentu menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Pelbagai sektor menantikan khabar gembira, terutama dalam mendepani situasi ekonomi yang mencabar tahun ini.
Istilah Bahasa Melayu yang jarang digunakan Perdana Menteri sebelum ini, mampu menarik perhatian orang ramai.
Berikut antara istilah yang digunakan Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2023:
1) Tantangan - cabaran, imbangan, lawan
2) Tuntas - menyeluruh, habis, sempurna, komprehensif
3) Wahana - saluran atau perantaraan, keperluan khusus
4) Membobrok - merosakkan, menghancurkan
5) Ketimbang - perbandingan, berbanding
6) Menyederhana - pertengahan, tidak rumit, tidak sulit, mudah
7) Purbasangka - prasangka
8) Sementelahan - lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi
9) Kesenjangan - keadaan senjang, ketidak­seimbangan, kelainan, perbezaan
10) Dasawarsa - tempoh sepuluh tahun, dekad
11) Hubaya - awas atau berjaga-jaga
12) Kendatipun begitu - walaupun, meskipun, biarpun
13) Ketersediaan - keadaan tersedia
14) Rencat - terbantut atau terhenti
15) Mahakaya - tersangat kaya, teramat kaya
Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion - PM
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2023
#Kerajaan Perpaduan
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan