awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: RM324 juta bantu tambah baik kemudahan sukan negara

Faida Rahim
Faida Rahim
24/02/2023
12:20 MYT
Belanjawan 2023: RM324 juta bantu tambah baik kemudahan sukan negara
Sebanyak RM20 juta juga diperuntukkan kepada program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM324 juta bagi menambah baik program latihan dan kemudahan sukan untuk manfaat kesemua atlet.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat berkata, peruntukan diberikan untuk membangunkan ekosistem sukan secara menyeluruh daripada pencarian bakat sehingga ke acara podium termasuk menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.
"Kerajaan juga bersetuju potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat diberi kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi," katanya.
Anwar, berkata sebanyak RM20 juta juga diperuntukkan kepada program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum.
Selain itu, Anwar, berkata bagi memelihara dan melindungi kebajikan atlet, dana RM5 juta disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula tahun ini.
Dalam masa sama, kerajaan turut bercadang untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#kemudahan sukan untuk atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan