awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: 33 projek tebatan banjir dilaksana, kos RM11.8 bilion

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2023
11:40 MYT
Belanjawan 2024: 33 projek tebatan banjir dilaksana, kos RM11.8 bilion
Surat Setuju Terima bagi 24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan kos RM11.8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek tersebut termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Lembangan Sungai Pahang di Pahang, Sungai Langat Fasa 2 di Selangor, Sungai Jelai, Kuala Pilah di Negeri Sembilan, dan Sungai Likas di Kota Kinabalu, Sabah.
"Selain itu, Kuching Fasa 2 (Sarawak), Baling Fasa 2 (Kedah) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2 (Kelantan)," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan MADANI Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu berkata Surat Setuju Terima (SST) bagi 24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion, manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.
Dalam masa yang sama, bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat, beliau berkata kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta kepada 150 pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak.
"Selain itu, bagi mengekang tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Batang Kali, Selangor akhir tahun lepas, kerajaan menyediakan RM563 juta bagi pembaikan cerun seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun yang berisiko tinggi," ujar Perdana Menteri.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#banjir kilat
#projek tebatan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan