awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024 beri tumpuan kepada PKS

Bernama
Bernama
04/10/2023
06:24 MYT
Belanjawan 2024 beri tumpuan kepada PKS
Steven berkata, tumpuan perlu diberikan kepada PKS disebabkan sektor tersebut memerlukan banyak sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan minggu depan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata ia antara petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri.
"Pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting untuk ekonomi Malaysia dan kerajaan akan terus meningkatkan usaha untuk menarik lebih banyak FDI ke dalam negara.
"Namun, kita juga melihat bahawa pelaburan langsung domestik (DDI) merupakan komponen yang penting dalam pembangunan ekonomi negara dan salah satu DDI ini adalah daripada sektor PKS.
"Ia antara KPI yang diberi tumpuan oleh kerajaan pada masa ini," katanya selepas merasmikan pusat penghantaran serantau Allianz Asia hari ini.
Beliau berkata tumpuan perlu diberikan kepada PKS disebabkan sektor tersebut memerlukan banyak sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada kerajaan.
"Kita tahu perniagaan Malaysia terutamanya PKS menghadapi banyak halangan dan sedang dalam proses pemulihan selepas dilanda pandemik COVID-19 beberapa tahun lepas.
"Oleh itu, tumpuan perlu diberikan bagi menjadikan sektor tersebut lebih berdaya mampan untuk pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan Madani
#Belanjawan 2024
#PKS
#Steven Sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan