KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim serta mempercepat pencapaian negara dalam komitmen Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050, kata pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Earth Alliance Support Movement, Stephanie Teo.
Beliau berkata, ini susulan Kenyataan Negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perbahasan Umum pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York Jumaat lepas yang menekankan kesan advers perubahan iklim terhadap negara seperti peningkatan suhu dan paras laut serta corak cuaca tidak menentu yang mengganggu mata pencarian dan menjejaskan ekosistem tempatan.
"Hari ini, kami meminta Kerajaan Malaysia agar memberi peruntukan lebih besar dalam belanjawan akan datang untuk merangsang inisiatif yang memfokus kepada komuniti," katanya kepada Bernama.
Teo berkata, ketika dunia bergelut dengan akibat bencana perubahan iklim, Malaysia seperti negara lain berada di persimpangan.
"Meskipun dasar negara penting, kita perlu mengiktiraf bahawa komuniti, jiran dan keluarga kita adalah pejuang sebenar dalam pertempuran ini. Sekarang adalah masa untuk memperkasa mereka ke arah menjadi pejuang perubahan," katanya.
Beliau berkata, perubahan iklim yang disebabkan oleh pelepasan karbon adalah kecemasan global yang menuntut tindakan segera namun tanggungjawab itu tidak hanya terletak di bahu kerajaan dan perbadanan sebaliknya harus dipikul oleh setiap rakyat Malaysia.
Teo juga berkata, pemerkasaan komuniti bukan sekadar satu strategi sebaliknya adalah nadi perjuangan negara dalam menentang perubahan iklim.
"Belanjawan 2024 adalah saat penting bagi menyalurkan sumber secara langsung kepada komuniti kita. Dalam perjuangan menentang krisis iklim yang kian meningkat ini, perbadanan dan komuniti sama penting," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan digesa memperuntuk dana lebih besar dalam belanjawan akan datang bagi merangsang inisiatif yang memfokus kepada komuniti termasuk program pendidikan masyarakat.
"Melaburlah dalam kempen yang menyemarakkan kesedaran dan mendidik masyarakat kita mengenai peranan penting mereka dalam mengurangkan pelepasan karbon," katanya.
Teo berkata, kerajaan juga harus menyediakan sumber untuk mengadakan latihan dan bengkel di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat menjadi pemimpin dalam amalan lestari.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan harus melabur dalam projek yang bukan hanya mengurangkan jejak karbon negara tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat.
Teo berkata, pembiayaan juga seharusnya diperuntuk bagi menyokong inisiatif penyelidikan yang mampu mencungkil penyelesaian inovatif berasaskan komuniti bagi menangani isu pelepasan karbon secara langsung.
"Tanggungjawab bersama ini adalah penting dan kami berharap Belanjawan 2024 mampu mengubah impian ini menjadi kenyataan," katanya.
Earth Alliance Support Movement ialah sebuah syarikat yang memfokus kepada menangani isu perubahan iklim, menawarkan hala tuju terunggul bagi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menjadi pemangkin perubahan global yang positif menerusi penyelesaian perniagaan inovatif dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Teo juga berkata pemerkasaan komuniti bukan sekadar satu strategi sebaliknya adalah nadi perjuangan negara dalam menentang perubahan iklim. - Gambar Bernama
Jangan izinkan pihak guna kaum, agama pecah-belahkan rakyat - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia tidak mengizinkan pihak yang menggunakan kaum dan agama
Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
Program seperti e-Madani akan diteruskan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pemberian subsidi akan memberi faedah kepada 3.5 juta orang asing dan dimanfaatkan oleh golongan terkaya.
Menurutnya, disebabkan itu kerajaan meneroka inisiatif lain, termasuk pemberian wang tunai kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Menurutnya, disebabkan itu kerajaan meneroka inisiatif lain, termasuk pemberian wang tunai kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
10 Berita Pilihan - (05 Disember 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan
Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Premier Sarawak pertimbang dua projek kabel bawah laut khas ke Singapura, Semenanjung Malaysia
Abang Johari berkata terdapat teknologi lebih baik bagi kabel bawah laut yang lebih murah, namun kompetitif bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.

Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang tur

Belanjawan 2024: Pahang sasar kutipan hasil RM1.137 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.137 bilion tahun depan iaitu unjuran tertinggi setakat ini dengan peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.

Kertas putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember - Anwar
Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Anwar menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024
Persidangan Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selepas dibahaskan sejak 16 Okt lepas.

Terengganu umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.860 bilion
Belanjawan itu termasuk RM500 juta caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Peruntukan besar, tapi pakaian sukan anggota tentera 'cap ayam' - Ikmal Hisham
Peruntukan yang besar itu sepatutnya digunakan oleh Mindef untuk menyediakan pakaian sukan berjenama antarabangsa dan berkualiti.