Belanjawan 2026: RM15.5 bilion penjimatan hasil reformasi subsidi

Kata Anwar, pelaksanaan penyasaran subsidi kini menjadi agenda utama bagi memperkukuh kecekapan perbelanjaan kerajaan.
KUALA LUMPUR: Langkah berani kerajaan melaksanakan penyasaran dan penstrukturan semula subsidi kini membuahkan hasil besar, dengan penjimatan keseluruhan mencecah RM15.5 bilion setahun.
Ringkasan AI
- Kerajaan berjaya menjimatkan RM15.5 bilion setahun hasil pelaksanaan penyasaran dan penstrukturan semula subsidi, yang membolehkan dana dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan tunai, pendidikan, kesihatan dan prasarana awam.
- Antara langkah penyasaran yang menyumbang kepada penjimatan termasuk pengapungan harga ayam dan telur, penstrukturan tarif elektrik, penyasaran subsidi diesel serta pelaksanaan BUDI95 untuk petrol RON95.
- Perdana Menteri menegaskan reformasi subsidi ini bukan sekadar langkah fiskal, tetapi usaha membina ekonomi yang lebih adil dan berdaya tahan, dengan penekanan kepada perlindungan sosial dan pembangunan menyeluruh untuk rakyat.

Antara reformasi yang menyumbang kepada penjimatan besar tersebut termasuk:
- Pengapungan harga ayam dan telur – masing-masing menjimatkan RM1 bilion setiap satu sambil menstabilkan harga pasaran.
- Penstrukturan tarif elektrik dan penyasaran subsidi tenaga – menjimatkan RM6 bilion, dengan 85 peratus pengguna tidak terkesan dan sebahagian menikmati penurunan bil.
- Penyasaran subsidi diesel – menjimatkan RM5 bilion, sambil memastikan sektor pengangkutan awam, nelayan dan logistik kekal menerima harga subsidi.
- Penyasaran RON95 melalui BUDI95 – dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun.
"Selain itu, bantuan tunai RM200 sebulan turut disalurkan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil yang layak, bukti bahawa penjimatan hasil penyasaran kembali ke tangan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan kini sedang mengemas kini pangkalan data melibatkan 16.5 juta warganegara, termasuk memperluas kuota kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif bagi memastikan tiada yang tercicir daripada skim bantuan.
Perdana Menteri menegaskan, reformasi subsidi ini bukan sekadar langkah kewangan, tetapi agenda pembaharuan menyeluruh untuk membina ekonomi lebih berdaya tahan, adil dan bertanggungjawab.
“RM15.5 bilion yang dijimatkan ini bukan angka semata-mata. Ia bermakna lebih banyak sekolah boleh dibaiki, lebih banyak klinik rakyat dibuka, dan lebih ramai anak Malaysia mendapat peluang pendidikan yang lebih baik,” tegasnya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami