ISKANDAR PUTERI:Kerajaan negeri Johor akan menaikkan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang sebanyak tiga kali ganda, daripada RM50,000 kepada RM150,000 bermula tahun depan, bagi membantu mereka menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.
Ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata elaun ketua pembangkang turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000, selain disediakan seorang pembantu tadbir.
Kenaikan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan pembangkang yang bersifat konstruktif selain mengangkat martabat institusi wakil rakyat, kata Hasni.
Menteri Besar berkata menerusi Agenda Governans Johor, kerajaan negeri tetap beriltizam untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir supaya lebih cekap, berintegriti dan memenuhi aspirasi rakyat.
"Transformasi Governans Johor dapat dilaksanakan menerusi pemerkasaan penjawat awam dan inisiatif pemodenan," katanya.
Beliau berkata inisiatif pertama, bagi meningkatkan kompetensi dan kapasiti penjawat awam, kerajaan negeri telah mewujudkan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.
"Kedua, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan badan-badan profesional bagi membuka ruang kepada penjawat awam negeri untuk memiliki kelayakan profesional dalam bidang teknikal dan bukan teknikal seperti insinyur (Ir), surveyor (Sr) dan akauntan bertauliah (CA)," katanya.
Beliau berkata kerajaan Johor juga akan melaksanakan kenaikan pangkat secara 'time based" berasaskan kecemerlangan untuk kali kedua, yang bertujuan memberikan laluan kerjaya lebih baik kepada pegawai kumpulan pelaksana dalam perkhidmatan awam negeri.
"Keempat, kerajaan negeri juga merafak sembah takzim dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang menjadi sebuah bandar raya, berkuat kuasa pada 22 Nov 2020.
"Pemasyhuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) ini akan meningkatkan keupayaan MBPG dalam menguruskan pembangunan pesat, melestarikan sektor ekonomi yang berteraskan industri dan pelabuhan di Pasir Gudang serta memelihara alam sekitar, selaras dengan Dasar Kelestarian Negeri Johor," katanya.
Menurut Hasni, kerajaan negeri Johor kini meneliti cadangan untuk menaik taraf Majlis Daerah Pontian menjadi perbandaran selain menggiatkan lagi pendigitalan tadbir urus kerajaan selari dengan Agenda Johor Digital.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Hasni (kanan) membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. --fotoBERNAMA

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

MB Kedah disahkan negatif COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.

Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah
Empat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perlis menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

LSANK selesai perinci maklumat, bantu Kedah tuntut caj air mentah dari P. Pinang - Menteri Besar
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selesai perinci maklumat kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air dari negeri Jelapang Padi itu.

Nama Mini Stadium Ffira Mikah ditukar kepada Mini Stadium Padang Terap
Bekas Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor juga telah ditukarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu.

Ban pecah antara punca banjir di Perak - MB
Selain hujan lebat berterusan lebih 24 jam, banjir yang melanda beberapa daerah di Perak turut disebabkan ban sungai pecah.

UMNO Padang Rengas umum tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
UMNO akan bertumpu kepada pemerkasaan Muafakat Nasional bersama Pas.

Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan
Ahmad Faizal berkata dia akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga M pada musim ini berjalan lancar.

Gesa kerajaan beri wang ihsan, royalti minyak kepada Pahang - Pemuda UMNO Bera
Isu sama pernah dibangkitkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun lepas.