KUALA LUMPUR: Penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan persalinan baju Melayu biru cair ketika hadir di bangunan Parlimen mencuri perhatian menerusi gabungan beberapa elemen busana yang mempunyai kaitan dengan lokasi berbeza di Malaysia.
Berdasarkan perincian busana yang dikongsikan, songkok yang dipakai Anwar adalah dari Johor, manakala butang baju Melayu dari Pahang.
Baju Melayu yang digayakan pula dari Kuala Lumpur, sementara samping yang melengkapkan persalinan itu berasal dari Penjara Kajang.
Penampilannya turut dilengkapi capal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, kampung halaman Perdana Menteri, sekali gus menyuntik sentuhan peribadi dalam gabungan elemen busana dari beberapa lokasi berbeza itu.
Perdana Menteri turut mengetengahkan seni anyaman tempatan menerusi rekaan Artisan Malaysia, David Cho dan Amira Wani, menambah keunikan penampilan beliau pada pembentangan Belanjawan MADANI 2027.
Gabungan elemen tradisional daripada pelbagai lokasi, termasuk songkok, butang baju Melayu, samping dan capal berkenaan memberikan identiti tersendiri kepada persalinan Anwar, dengan setiap komponen mempunyai latar tempat yang berbeza.
Selain berfungsi sebagai pelengkap penampilan, perincian itu memperlihatkan bagaimana pemilihan busana tradisional boleh mengetengahkan kepelbagaian asal usul produk dan hasil kraf tempatan.