KUALA SELANGOR: Selama tujuh belas tahun Mohd Radzi Abu Kassim tersilap langkah kerana penyalahgunaan dan penagihan dadah.
Tetapi, bapa kepada lima cahaya mata itu bangkit membina kehidupannya selepas mendapat rawatan dan pemulihan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun, mulai 2018.
Langit tidak selalu gelap, siapa sangka lelaki berusia 39 tahun itu kini mampu membina semula perniagaan menternak kambing dan lembu yang diusahakan bersama abang kandungnya, sejak 15 tahun lalu.
“Saya dulu pernah bekerja di hotel dan tujuh tahun selepas itu saya ikut abang saya untuk ternakan.
“Bermula dengan empat ekor lembu, dan sekarang haiwan ternakan sebanyak 70 ekor lembu dan 20 ekor kambing,” kata Mohd Radzi ketika ditemui di kediamannya di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini pada petang Rabu.
Sebelum itu, Mohd Radzi yang juga bekas klien AADK menerima kunjungan agensi itu sempena Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media.
Berkongsi lanjut, Mohd Radzi berkata perniagaannya pernah mengalami pasang surut kerana penyalahgunaan dan penagihan dadah.
Namun, dengan kecekalan dan kesungguhan selepas pulih daripada ketagihan dadah, dia mengembangkan perniagaan dengan jenama Dopper Grill menerusi ternakan baka kambing biri-biri.
Dengan hasil ternakan yang mendapat sambutan menggalakkan, dia turut memperluaskan perniagaan dengan menghasilkan produk hiliran kambing perap.
“Secara puratanya kami mampu menjual sekitar 30 ekor kambing sebulan, dengan anggaran 600 kilogram (kg) daging sama ada secara perapan atau tempahan memasak,” katanya.
Tambahnya, kelebihan lain yang menjadikan produknya sentiasa 'digilai' oleh para pelanggan adalah kerana mereka menyediakan perkhidmatan memasak atau panggang secara terus setiap kali tempahan, selain bahan perapan yang dihasilkan dengan resepi sendiri.
Malah, pengalamannya selama tujuh tahun bekerja dalam bidang hospitaliti termasuk sebagai Demi Chef di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menghasilkan masakan yang berkualiti dan lazat.
Kisah silam terjebak dadah
Mengimbau kisah hitam dalam hidupnya, Mohd Radzi berkata, dia mula 'berjinak' dengan bahan terlarang pada 2001 ketika masih bekerja dalam sektor perhotelan.
Kata pemuda itu yang memiliki Diploma Kulinari, dia mengambil dadah jenis methaphetamin dan syabu kononnya mahu memberikan tenaga ‘luar biasa’ ketika menjalankan tugas.
Kerana ketagihan, dia kehilangan kerjaya, selain rumah tangga yang dibina bersama isteri pertama terputus di tengah jalan.
Begitu pun, insiden dia pengsan ketika berniaga di bazar Ramadan di Tanjung Karang pada 2018 telah mengubah kehidupannya.
"Allah mungkin nak tunjuk, masa itu saya berniaga di bazar Ramadan (pengsan).
"Ketika menerima rawatan, pihak doktor bertugas menjalankan pemeriksaan darah dan ujian air kencing yang didapati positif dadah sebelum merujuk kes saya kepada AADK Kuala Selangor," kongsinya.
Dalam masa sama, Mohd Radzi turut menasihati generasi muda agar tidak terjebak dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah, sehingga boleh merosakkan masa depan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, sebanyak 118,820 orang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 93,534 orang pada tahun 2022.
Beliau berkata berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 21 2023
Mohd Radzi yang juga bekas klien AADK kini berjaya bergelar usahawan kambing perap, selain mengusahakan penternakan kambing dan lembu - Foto/Astro AWANI
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.
Penyalahgunaan dadah libat pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan - AADK
Sebanyak 10,456 kes penyalahgunaan dadah direkodkan melibatkan murid sekolah rendah pada 2020 dan meningkat kepada 10,712 kes pada 2021.
Anjung Komuniti jadi hab aktiviti di kawasan berisiko tinggi - AADK
Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan Anjung Komuniti di kawasan berisiko tinggi (KBT) harus dijadikan contoh.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.