Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 November 2025.
JOHANNESBURG: "Itu pandangan dia. Dia tidak bincang dengan saya." Ini jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjadi penggantinya di Selangor.
Persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Mohd Razali Alias, tiada kaitan dengan siasatan Op Sohor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.
Barisan Nasional melancarkan manifestonya dengan memperkenalkan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang menawarkan enam teras utama bagi memacu pembangunan.
Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah di Yan pada Sabtu.
Pelaksanaan semua tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kekal menjadi keutamaan Barisan Nasional (BN) Sabah sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan golongan muda untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji dan menjaga kesihatan sebagai persediaan untuk ibadah haji.
Seorang penoreh getah kini mampu menjana pendapatan tambahan, terutama pada musim banjir selepas belajar teknik pembuatan perahu gentian kaca melalui YouTube.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Julai lepas.
10. Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga bencana dipertingkat
Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang di tiga jajahan, manakala Terengganu kekal 276 orang.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang di tiga jajahan, manakala Terengganu kekal 276 orang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

