awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasungkawa: Wong Sai Wan pejuang kebebasan akhbar - Hussamuddin

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
14/05/2021
03:50 MYT
Belasungkawa: Wong Sai Wan pejuang kebebasan akhbar - Hussamuddin
Dengan pengalaman berpuluh tahun di akhbar The Star dan Malay Mail, banyak ilmu yang dikongsikan Wong untuk melatih generasi baharu dalam bidang kewartawanan. - Foto Facebook Wong Sai Wan
KUALA LUMPUR: Pemergian Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan, disifatkan satu kehilangan besar buat dunia kewartawanan.
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan Wong sebagai seorang pejuang kebebasan media.
Ini kerana, katanya, sewaktu hayatnya, mendiang sentiasa melaporkan perkara yang benar tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
"Kami sama-sama pejuang kebebasan akhbar. Sekali perkara itu benar, kita akan laporkan without fear and favour.
"Beliau menulis tanpa fear (takut) dan favour (pilih kasih). Itulah etika kewartawanan yang seharusnya ada pada semua wartawan media cetak, elektronik, yang mungkin kurang pada masa ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
Mendiang yang merupakan kenalan lama Hussamuddin turut disifatkan sebagai seorang yang tidak lokek ilmu untuk dikongsi dengan generasi muda.
Dengan pengalaman berpuluh tahun di akhbar The Star dan Malay Mail, banyak ilmu yang dikongsikan mendiang untuk melatih generasi baharu dalam bidang ini.
"Selama bertugas di The Star dan Malay Mail, beliau tidak kedekut ilmu melalui forum, kursus, untuk berkongsi pengalaman sebagai wartawan.
"Beliau melatih ramai wartawan muda sepanjang hayatnya tanpa bersifat rasis dan pilih bulu," kata Hussamuddin.
Tambahnya, generasi muda seharunya mengikuti jejak langkah mendiang yang disifatkan seorang yang serba boleh.
Ini kerana, mendiang mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik ketika melaporkan isu-isu semasa.
Ketua Pengarang The Malay Mail, Wong Sai Wan, meninggal dunia
Terdahulu hari ini, Wong, 59 tahun, dilaporkan meninggal dunia pada jam 5 pagi ketika sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Difahamkan, beliau telah dibawa oleh ahli keluarga ke pusat perubatan tersebut selepas mengadu berasa tidak selesa dan tidak sihat.
Topic Berkaitan
#Wong Sai Wan
#Malay Mail
#The Star
#Pemergian
#Ketua Pengarang
#kewartawanan
#Hussamuddin Yaacub
#kebebasan akhbar
#meninggal dunia
#Subang Jaya
#perubatan
#keluarga
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan