awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

Bernama
Bernama
14/05/2021
02:23 MYT
Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
Wong Sai Wan disifatkan seorang yang sentiasa bersedia membantu kawan-kawan apabila mereka memerlukan bimbingan dan pertolongan, baik dalam soal kerja mahupun berkaitan isu peribadi. - Facebook Wong Sai Wan
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
Mendiang berusia 59 tahun.
Perkara itu disahkan anak mendiang Wong Chee Mun ketika dihubungi Bernama.
Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.
Menurut Chee Mun, mendiang bapanya disahkan meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi.
Selain Chee Mun, mendiang meninggalkan isteri, Loo Poh Ling dan anak perempuan Wong Yik Pen, 25.
Wong memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandangnya di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Malay Mail Joseph Raj berkata pemergian Wong akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka di Malay Mail.
“Beliau bukan sahaja Ketua Pengarang kami tetapi juga seorang kawan yang sentiasa bersedia membantu apabila kami memerlukan bimbingan dan pertolongan, baik dalam soal kerja mahupun berkaitan isu peribadi,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain berkata mendiang yang dikenalinya sekitar tahun 80-an merupakan seorang wartawan yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan bernas serta seorang editor yang bersungguh dalam membaiki kualiti kewartawanan negara.
Menurut Mokhtar, mendiang pernah membentangkan kertas kerja mengenai langkah yang boleh diambil Bernama untuk menjadi lebih berdaya saing sebagai penyedia kandungan kepada industri media di Malaysia.
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad pula menyifatkan Wong sebagai sahabat yang ramah, baik dan gemar berkongsi maklumat selain sering mengemukakan cadangan yang relevan di samping menghasilkan penulisan berkualiti.
Pendapat sama dikongsi wartawan veteran Datuk Seri Azman Ujang yang berkata Wong sendiri merupakan epitome kewartawanan berkualiti, iaitu reputasi yang amat dijaga oleh mendiang dalam semua kerjanya hingga akhir hayat beliau.
“Beliau merupakan hasil didikan dunia media konservatif sebelum era media sosial serta merupakan pemandiri media cetak tegar hinggalah Malay Mail menyaksikan edisi cetak terakhirnya di bawah teraju mendiang pada 30 Nov 2018,” kata bekas pengerusi Bernama itu.
Sementara itu, wartawan The Star Nurbaiti Hamdan, 36, yang pertama kali bertemu Wong semasa menjalani latihan di akhbar tersebut pada awal 2008, menyifatkan mendiang sebagai seorang editor yang tegas namun baik, serta seorang yang tahu apa yang dikehendakinya daripada tugasan yang diberikan kepada wartawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wong Sai Wan
#Malay Mail
#Ketua Pengarang
#meninggal dunia
#penyakit jantung
#angin ahmar
#Hospital
#Pusat Perubatan Subang Jaya
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan