awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beli cendawan komersial elak keracunan makanan - Pensyarah UMT

Bernama
Bernama
19/11/2021
00:07 MYT
Beli cendawan komersial elak keracunan makanan - Pensyarah UMT
Dr Aqilah menasihatkan orang ramai agar menyelidik dahulu spesies cendawan liar yang ditemui sebelum dimasak. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Orang ramai diingatkan agar hanya membeli cendawan komersial yang dijual di pasar, atau cendawan liar biasa yang dijual di pasar-pasar tani bagi mengelak insiden keracunan makanan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu Dr Aqilah Mohammad berkata ini kerana tidak semua cendawan yang zahirnya kelihatan cantik, gebu dan besar, selamat dimakan.
Beliau berkata cendawan mengandungi toksin yang berbeza untuk setiap spesies, dan ada cendawan yang boleh menyebabkan gejala iritasi kepada badan manusia seperti loya, muntah, ciri-birit, demam dan ada juga toksin yang boleh menyebabkan gangguan halusinasi, kecelaruan fikiran kepada manusia.
"Paling membimbangkan, kesan toksin cendawan juga boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Tidak semua orang berkemahiran mengenal pasti spesies cendawan manakah yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan di persekitaran mereka.
"Oleh itu langkah terbaik adalah membeli cendawan komersial sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
BACA: Malang sembilan beranak termakan cendawan beracun
Pada Rabu, media melaporkan sembilan beranak di Kampung Nyiur, Paka dekat Dungun mengalami muntah termasuk muntah darah gara-gara menikmati hidangan sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun, minggu lepas.
Ditanya mengenai spesies cendawan yang dimakan keluarga tersebut, Aqilah berkata sukar dipastikan kerana berdasarkan gambar, cendawan itu kelihatan belum matang lagi kerana bukaan 'payung' atau 'topi' cendawan yang masih belum kembang sempurna.
"Kewujudan cendawan yang banyak selepas hujan seperti musim tengkujuh sekarang menyebabkan ramai yang terlupa tidak semua cendawan itu selamat dimakan, apatah lagi kerana saiz dan bentuknya yang besar serta tumbuh dengan banyak dan cantik, sangat menarik perhatian," katanya.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar menyelidik dahulu spesies cendawan liar yang ditemui sebelum dimasak seperti bertanyakan kepada orang tua yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan tentang cendawan ataupun ahli mikologi yang pakar di dalam identifikasi kulat/cendawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cendawan komersial
#cendawan beracun
#keracunan makanan
#cendawan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan